follow follow

Saturday, May 5, 2012

GIVEAWAY untuk anda and short story of march and april

salam semuanya..
dah 2 bulan tak update blog ni... (OMG ! REALLY??)
hehe,kat sini nak summarized semua benda yg jadi dalam masa 2 bulan ini

OH YA! sebelum tu..saya akan buat Giveaway untuk korang semua..akan datang pada next post :)

 ok kita sambung..dimana kita tadi?meh nak cerita pasal saya sekejap..dalam 2 bulan ni, saya......

1.BZ dengan FYP dan Food Product Development..Seriously TERAMAT bz bila jadi Final year student ni..bz teramat sampai dah makin kurus saya. Ouch =p

2.tengah BZ jugak dengan Bisnes Online yg saya lancarkan awal bulan april hari tu..dalam Bz-Bz buat report,sempat jugak cari pengalaman berniaga ni..hehe

3.Masih bahagia dengan si sengal hati #LOVE# :)

4.Housemate sy terkena badi eksiden..tahun lepas sy yang eksiden,thun ni nasib tak baik bagi mereka..but alhamdulillah..mereka selamat..itu yang paling penting!

ok ok..pendek je kan perjalanan bulan march dan april ni..so ape cerita anda? jap lagi nak gi bW jap..rindu nak stalker orang..ekeke 


Friday, February 17, 2012

kenapa?kenapa??

dulu...
masih di zaman remaja
pakaian pun menjolok mata
mungkin sebab dah terbiasa
perangai itu di bawa ke hari senja(?)
bila dah tua remaja
hati makin tak selesa berpakaian seperti itu lagi
tambahan pula ada yang memerhati

tubuh mula ditutup sedikit demi sedikit
biar apa orang nak kata
niat di hati nak jadi cantik di mata Dia yang Kuasa

jadi hobi baru aku kini merayau ke layar fb
mencari baju muslimah sejati
tapiii
semuanya mahal macam nak mati
dengan duit pTpTpu mcm aku ini
tidaklah mampu untuk membeli
adoi,bagaimana nak jd muslimah sejati
kalau aku kedekut begini
dulu bajuku hanya RM10
baju muslimah tidak ada ke yang RM10 juga?
waahhh,banyak betul cabaran nak menutupi
aurat aku ini
untuk tatapan si suami
yang bakal Tuhan beri nanti..

sedihnya hati ini
tak dapat beli baju muslimah(s) yang berkenan di hati.....

p/s:kepada peniaga-peniaga busana muslimah yang murah dan boleh dibeli borong,tolong pm saya!

Sunday, February 12, 2012

Bayaran sebuah kemaafan

(sambil dengar lagu move like jagger by maroon 5..)

Maaf!
Senangnya nak ungkap.
Maaf ada makna atau tiada makna.
Seikhlas mana ungkapan maaf??
Adakalanya lebih baik maafkan sahaja,
walaupun bukan salah kite..
Apa salahnya kite lapangkan dada..
api dengan api akan terbakar..
Mengungkapkan perkataan maaf mungkin mahal dihujung lidah kite,
tapi percayalah memaafkan akan melapangkan hati kite..
walaupun jauh disudut hati masih berbekas terasa hati..
Dalam kehidupan ini kite telah menemui pelbagai ragam manusia..
Adakalanya amat menyakitkan hati,
namun adakalanya amat menggembirakan hati..
itulah yang kite telah pelajari dalam kehidupan..
asam garam kehidupan..
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini..
semua orang melakukan kesilapan samada secara disedari atau tidak..
Namun apabila disedari,
kite akan belajar dari kesilapan..
Sesekali kite akan terasa amat sakit hati dengan perbuatan orang itu,
namun tidak pula kite ketahui mungkin pada masa yang sama orang itu pun sakit hati dengan kite..
Mengapa kite menjadi terlalu keras hati untuk memaafkan..
mahalkah harga kemaafan??
Kite menjadi tegar,
tidak mahu bertanya,
tidak mahu mengakui,
tidak mahu mendekati..
apakah kesudahannya jika begitu??
Kite sebenarnya telah membayar harga yang terlalu mahal,
kerana hati menjadi batu,
sakit hati yang teramat hingga menimbulkan dendam.
Kenapa???
Marilah kite rungkaikan kemarahan ini dengan memaafkan,
kerana bayaran sebuah kemaafan itu
hanya dapat kite rasai setelah memaafkan..
hati akan menjadi tenang..
jangan diikutkan jalan syaitan..


Begitu indah dan tenangnya tatkala memberi kemaafan. Ketenangan itu akan menyusup masuk ke seluruh urat nadi sehingga ke hati orang yang beriman. Meskipun, adakalanya, kemaafan sukar dilepaskan kerana luka dihati masih terkesan. Tetapi ajaibnya, ketenangan akan serta merta hadir sebaik sahaja ucapan ‘‘kamu diberi maaf”.
Itulah hidayah Allah SWT.


Tetapi, janganlah melepaskan maaf dengan bersyarat atau memaafkan kesalahan sesorang ibarat menegakkan besi yang bengkok. Bukankah apabila menegakkan besi yang bengkok, kesan bengkokan pada besi tetap ada? Sebaliknya, berilah kemaafan ibarat menukar kain yang kotor kepada kain yang baru.


Can forgive, can’t forget - Istilah paling tepat untuk menghuraikan bidalan menegakkan besi yang bengkok.



Can forgive, let’s forget – Istilah yang paling sesuai untuk bidalan menggantikan kain yang kotor kepada kain yang baru.

‘MAAF’ BUKAN ALASAN BERLEPAS DIRI.


Islam adalah agama yang mementingkan kesejahteraan dan kedamaian. Untuk mencapai tujuan tersebut, Islam memberi garis panduan kepada umatnya tentang adab dan etika ketika pergaulan, antaranya ialah, menjadi seorang pemaaf. Hal ini diabadikan di dalam Al Quran, sebagaimana firman Allah SWT :

Dalam pada itu ingatlah orang yang bersabar dan memaafkan kesalahan orang terhadapnya, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

(As Syuraa : 43)


Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.

(Surah Al A’raf : 199)




Manusia pasti tidak boleh lari daripada kesilapan.

Itu adalah hakikat...

Ambilah contoh teladan sifat pemaaf Rasulullah s.a.w, bagaimana dengan hanya sifat lembut dan sifat pemaaf, baginda dapat menakluki seluruh pelusuk dunia sehingga Islam berkembang hingga kini.


MARI! TELADANI KISAH YAHUDI MENGHADIAHI DAGING BERACUN KEPADA BAGINDA.


Dari Imam Abu Daud dari Jabir bin Abdullah, diriwayatkan bahawa seorang perempuan yahudi telah menghadiahkan Rasulullah S.A.W daging kambing yang sudah dimasak. Hadiah tersebut diterima oleh Rasulullah tanpa menyedari daging kambing tersebut telah diracuni. Namun sebaik sahaja baginda mengunyahnya untuk memakan daging tersebut, Baginda terus memuntahkannya kerana baginda mengetahui bahawa daging tersebut mengandungi racun. Walaupun perbuatan perempuan yahudi itu membahayakan Baginda, tetapi Baginda tidaklah menjatuhkan hukuman kepadanya, sebaliknya memberi kemaafan kepadanya.

Seseorang yang mulia ialah, apabila memberi kemaafan kepada saudaranya yang berbuat kesalahan kepadanya.


Seseorang itu lagi mulia, apabila memberi kemaafan dan meredhai (melupakan kesalahan) saudaranya.


Sesorang itu tersangatlah mulia jika memberi kemaafan, meredhai saudaranya dan memperbaiki kekurangan yang ada pada dirinya sendiri.



-kopipasta-

Thursday, December 8, 2011

maka untuk apa aku di sini?

nak promot lagu laaagiiiiii
heh,kadang-kadang suka dengar dan hayati lagu-lagu
jom kita dengar lagu ni pulak-

dari artis feveret
namenya FYNN JAMAL
bersama liriknya yang sangat puitis
love this songs a lot!

fynn jamal-sepertinya

sepertinya

sepertinya aku ini jalan yang yang kosong
sepertinya aku ini kaca yang bolong

dan sepertinya tak ada siapa yang melihat aku di sini
dan sepertinya ada cahaya bila aku terus terbang tinggi ke atas langit jingga

sepertinya aku ini terhukum oleh tuhan kerna aku ini penuh dgn benci
sepertinya takkan ada sesiapa yang sudi bersama aku untuk memahami

sepertinya aku dipaksa untuk mati dan terus dihempas jatuh tak berkebumi
sepertinya takkan ada siapa pun yang sudi bersama menemani aku sampai pagi

kerna aku mahu sebenarnya ada peneman yang memeluk jiwa aku
yang meneman aku sampai biru

kerna aku begitu ingin merasakan dicinta seseorang itu
sepertinya aku ini bolong, kosong, lohong, semuanya
itu semuanya aku

kenapanya aku ini tak bisa untuk menyedari yang aku ini tetap bukan siapa2?
sepertinya
sepertinya

sepertinya aku ini debu yang tak punya harga apa
sepertinya aku angin yang tiada
sepertinya aku ini wujud tanpa adanya apa makna

maka untuk apa aku di sini?

kredit to blog kak fynn jamal :)

Saturday, November 19, 2011

aku maafkan kamu

pagi pagi ahad yang hening..
cewaahh :P

ye,hari ni tak dapat tido lame-lame seperti biase
kena buat banyakkkk keje
tapi kat sini nak kongsi satu benda.........

PSSTTTTT

try dengar lagu jamal abdillah dan malique
'aku maafkan kamu'

done?
sangat best lagunye kan?

ok ok ok
sambung buat keja
tata
-oh!saye sayang alan :)