follow follow

Friday, December 28, 2012

hubungan ini~

dah lama tak menulis di sini
terlalu lama
sampaikan hampir lupa password blog ni
hehhe

sepanjang blog ni tak diupdate
banyak kenangan manis, pahit yang berlaku
kenangan manis-- bila aku masih punya cinta dalam hati aku
cinta pada orang yang sama
selama 3 tahun
dan insyaAllah sehingga ke akhir hayat aku

kenangan pahit-- bila FYP masih di ambang kerisauan sekarang ni
bilamana hubungan ini diduga dan terduga
dugaan datang sehingga aku lemas
lemas nak bernafas
penat untuk memikir
sakit hati merasa
cukup perit

berkali-kali terduga
sampai aku ingin putus asa
dengan hubungan yang dibina
atas dasar cinta dan kesungguhan

tapi aku masih disini
tak pernah terfikir aku akan  tetap di sini
kuat bersama si dia
untuk harungi dugaan ini bersama-sama

benar kata orang
suatu hubungan,
kita takkan tahu betapa pentingnya hubungan itu
kita takkan tahu betapa pentingnya seseorang itu
kita takkan tahu betapa cintanya kita pada seseorang itu
--jika kita tidak pernah merasa kehilangan

apa yang aku belajar
adalah untuk memaafkan
dan menerima dengan sabar
kerana semua orang buat silap
SEMUA
termasuk aku..

aku sayang dia..
harap dia tahu..
harap dia akan hargai..
kerana aku tetap disini,
walau apapun terjadi,
masih tetap disini..



2 comments:

  1. rileks la... sabar yerkkk :)

    err xnak buka akaun simpanan Manulife ke.nak nnti cntact sy yerk :p

    ReplyDelete