follow follow

Thursday, August 26, 2010

kita patut bersyukur jika kita buat SILAP..

salam ramadhan sume..=)

huu,da masuk hari ke 17 kita berpuasa,haa,ade sape2 ponteng ke tidak ne ye?hehe,kalo bagi girls tu tak kisah la kan,tapi kalo GUYS yang ponteng.....hm,memang takleh wat laki ah kalo gitu..hihi

okeylah,semalam adalah hari yang best dan tenang dalam hidup aku selepas TEST(beselaa student kan,ape lagi yang kami tahu buat selain bertemu dengan mr test)..huhu,dalam keadaan yang dah longlai tu,aku sempat gak mgajar budak2 darjah 4 tu tuesyen kejap,pastu aku terus bergayut sakan ngan my mr alan..hehe,seminggu skali je kot dapat luang masa nak berbual2 panjang..thee


Nak dijadikan ceritanya,1 topik perbualan kami yang aku nak kongsikan kat sini adalah:.
"kita patut bersyukur jika kita pernah buat silap dalam hidup kita.''


hah?nape plak gitu kan?ni macam menipu je ini punye statement......
haihh, sebenarnya konsep nye tersangatlah senang nak difahami..kita perasan tak yang kita ni salu buat silap?kalo korang rase korang dah cukup perfect pun,korang yakin 100% ke yang korang tak pernah sekali2 buat silap dalam hidup korang?hm,fikirkan sekejap!....

inilah yang aku dok bincangkan dengan mr alan semalam..sebab kami bercerita ke masa lampau kami,dan kami macam agak menyesali sikap,perangai kami dulu..ya Allah,bila difikirkan balik,aku memang sangat teruk kut zaman2 dulu,sebab tu sume orang tak suke aku,sebab tu pakwe aku tinggalkan aku,sebab tu hidup aku tak pernah tenang dulu..ya Allah,ape sudah aku buat dulu......

tapi aku amek benda tu sebagai pegangan aku untuk berubah..untuk kembali ke masa lampau,itu sngat2 MUSTAHIL,tapi yang aku boleh buat adalah,berubah,berubah,dan berubah..hm,

''kalo kita tak pernah sedar kite ni buat silap,makanye kite takkan tahu bila masenye untuk kite berubah,iaitu berubah ke arah yang lebih baik..''

secara logik akalnye macam tulah..sebab tu kita patut bersyukur bila kita ni buat silap,sebab kite ne sume manusia bese,TAKKAN lari dari buat silap..tapi kita gunakan kesilapan kita tu sebagai pengajaran supaya kite takkan ulangi kesilapan itu lagi..semudah itukan?tapi..

nak berubah ni bukanlah sesenang itu..BERUBAH ni banyak cabarannya,kita perlu akui,untuk ubah perspektif negatif orang pada kite ni, AMAT PAYAH..same jugak untuk kite tinggalkan tabiat2 buruk kita yang memang dah sebati dalam diri ni..ya Allah,susah sgt2 nak buang,nak tak nak,kite boleh buang 99% je,1% perangai silam kita tu akan ada..tapi itulah nilai yang perlu kita tanggung..tapi jangan pulak 1% yang tinggal tu buat kite kembali ke perangai lame pulak ye..kalo tak,no point lah kite berubah,ye dak?

1 lagi,kita ni perlu ambik masa jugak untuk berubah tu..kalo berubah mendadak sangat,nanti cepatlah jugak kita akan kembali ke perangai asal..jadi,untuk berubah secara total dan tidak kembali menjadi seperti masa silam kita tu,kita kena ambik masa dan hayati perubahan yang kita alami ni,sedikit demi sedikit..insyaAllah,tuhan pun akan pelihara dan teguhkan hati kita,yang penting niat kita hanya kita dan tuhan sahaja yang tahu..

jadi,bila kita dah paham konsep ni,baru kita tahu,betapa bernilainya 1 kesilapan untuk kita menjadi manusia yang lebih baik dari yang sebelumnya..same2 kita fikirkan..:)
fatanahzakirah~

Saturday, August 21, 2010

pengalaman baru di bulan Ramadhan


salam ramadhan untuk semua :)
huu,rasenye baru semalam kita semua umat islam ni mula berpuasa,tup tupp dah masuk hari ke 11 sudahh,terlalu cepat masa berlalu smpaikan kita tak sedar yang kite sudah menghampiri ke pertengahan bulan Ramadhan..selama 11 hari ni jugaklah,bermacam-macam ragam dan bermacam-macam pengalaman baru yang kite semua timba..sama jugak seperti aku..huu:)


~pengalaman-pengalaman yang aku timba selama sebelas hari berpuasa~

Pengalaman pertama masak bersama dan berbuka di rumah sendiri
Masa hari pertama puasa,geng kondo rumah setinggan kami beria-ia nak masak..maklumlah,ni adalah 1st kami selama jadik student uitm ni,ni laa kali pertama kami dpat pengalaman baru masak di rumah sendiri..sebelum ni kalo dok kolej,kami cume beli di bazar2 je..huhu,bile dah masak tu,pham2lah,bagaimana kalutnye nak masak bila balik kelas tu,.disebabkan hari pertama puasa ni jatuh pada hari Rabu,so yang TERPAKSA masak tu jatuh kepada SHY~ dan SYANA~.tapi disebabkan ke'excited'an kami menyambut bulan puasa ni,so ILA dan GHA~ pun turut serta untuk tolong dorang masak untuk bersahur dan berbuka(dan aku tak turut serta tolong2 dorang sebab memang aku memang sangat M.A.L.A.S masak!hehe)

pengalaman AKU masak sendiri!
hik3,saye msak,masak untuk budak2 rumah sayee..dan mereka terpaksa menerima yang saye memang ske MasiN!sebab itu makanan yang saye masak itu masin..kikiki,dorang ckp pedas2 tu da ok,sume da cukup,tap masin sikiitt je(tapi saye tak rase masin pun sbb saye memang pemasin;) )

Fakta:.resepi2 aku masak untuk dorang tu,aku amek dari kakak aku daa..huhu


Pengalaman berbuka di Masjid Negeri Shah Alam

masjid Shah Alam tersergam indah~
bila hujung minggu,kami try2 la nak g usha untuk berbuka di masjid Negeri Shah Alam(alang-alang nak makan free tu,ingat nak g smayang trawih kat sana terus:) ,tapi apekan dayee,bukan rezeki kami hari tu,kami sampai tepat2 time azan maghrib,dan mereka telah KEHABISAN MAKANAN..waa,memang siyes kebulur kami bile tgk mak cik2,pakcik2 dan family2 mereka berbuka tyme tu..huu,tapi kami sempat gak 'curik' bubur lambuk yang orang tak amik lagi tu sbgai alas perut sebelum kami g berbuka kat tempat len..alang2 dok di masjid tu,kami sempat gak g semayang maghrib di situ dulu sbelum ke destinasi yang seterusnya iaitu -MAKAN!!:O


Fakta:. hari tu kami berbuka pada pukul 9 malam ye,mekacih..


Semayang terawih berjemaah di rumah
kami adalah student UiTM,jadi kami memang tersangatlahhh banyak benda yang nak dibuat(lab report,assignment2,Test2 dan Quiz),jadi kami memang tak berkesempatan nak g semayang terawih di masjid,huu..Uitm dihatikuuu


lalala..lalala..lalalala..~~lala
di rumah sewa kami,Gha selaku orang yang dulunye sekolah agama,bertindak ajar kami macamana nak solat berjemaah sesama perempuan ni,die jugak yang ajar kami jadi imam solat dan die jugak bertindak jadi ustazah mengaji kat rumah ni..pengalaman yang SGT best!hee,tapi aku sekali pun tak pernah ag jadik imam,sebab rase macam tak cukup lagi ilmu di dada ni..takpe2,sekurang2nya aku cube belajar kan,kan?..


Pengalaman untuk berbuka di Pusat Sukan UiTM Shah Alam

pada hari rabu yang lepas,kami skali lagi pegilah jugak nak usha tempat makan freeee yang len(hik3,duit ptptpu tak msuk ag kann),dan ustaz CTU kitorang cadangkan kami g kat Pusat Sukan Uitm(tempat yang jadik tempat solat sementara Pusat Islam di 'renovate' hari tu),so hari rabu tu,disebabkan kelas kami memang abis ngam2 nak dekat pukul 7,kami pun terus g sane..ape jadi?Alhamdulillah,memang rezeki kami hari tu,kami dapat makanan yang enak,lagi sodapp disitu..bubur lambuk dan kurma dijadikan alas perut,pastu kami bersembahyang magrib berjemaah,dan kami terus dibagi makan yang lebih berat iaitu nasik berlauk..huhu


Fakta:.kami pergi kesana setiap hari bermula rabu hari tu ye,mekacihh :D


hehe,cukuplah pengalaman2 yang kami timba sepanjang sebelas hari berpuasa tu,tapi ingat ye,bulan puasa ni bukan sekadar nak cari lauk2 untuk berbuka,bukan juga untuk cari baju raya semata-mata,tapi masa bulan ni lah,kita cuba untuk tingkatkan juga santapan rohani dalam diri kita,peluang untuk kita dekatkan diri pada yang Esa begitu luas..masyaAllah..~



-fatanahzakirah- 

Tuesday, August 17, 2010

Umi saya dan GouT..

salam..hmm,dengan perasaan yang risau2 ni,aku sempat jugak nak berkongsi tentang ape yang jadi kat umi aku sekarang ni.huu,tak tahu nak buat ape,rase nak sangat2 balik rumah hujung minggu ni,tapi dengan kerja yang memang tak siap2 tak memungkinkan aku untuk balik jenguk umi.:(



ceritanya begini,2 hari lepas,aku dapat berita yang umi sakit kaki.dan jiran kami dah bawakan umi ke hospital,dan doktor sahkan umi diserang GOUT.sebab tu aku search dalam 2 web yang berbeza untuk dapatkan lebih info tentang penyakit ni,dan insyaAllah,mari kita kongsikan bersame.manelah tahu info ni boleh kita praktikkan pada diri sendiri dan orang terdekat kite kan?:)


Ape itu GOUT?
Gout is condition that results from crystals of uric acid depositing in tissues of the body. Gout is characterized by an overload of uric acid in the body and recurring attacks of joint inflammation (arthritis). Uric acid is a breakdown product of purines that are part of many foods we eat. An abnormality in handling uric acid can cause attacks of painful arthritis (gout attack), kidney stones, and blockage of the kidney filtering tubules with uric acid crystals, leading to kidney failure. Gout has the unique distinction of being one of the most frequently recorded medical illnesses throughout history.blaa,blaa,bla..(jenuh nak meng 'translate'kan ayat neh..huu,macam belajar subjek food lee pulak..hihi 



Senang cite macam ni laa,
Gout ni boleh ditakrifkan sebagai sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
• Pada keadaan yang normal,badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urine).
• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi dan menyebabkan merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.










Siapa yang berisiko?
lelaki lebih berisiko menghidapipenyakit ini 9 kali dari wanita.
Terutamanya lelaki berusia lewat 75 dan bagi wanita pula,selepas monopause.

Risiko untuk diwarisi oleh anak-anak mereka yang menghidap penyakit adalah 20% lebih tinggi daripada orang lain.

Risiko juga lebih tertumpu kepada mereka yang mempunyai obesiti,darah tinggi,penggunaan alkohol yang tinggi,hiperlipidemia,dan diabetes



Bagaimana Gout didignosis?
melalui pengambilan cecair daripada pesakit untuk dibuat ujian makmal
tentang kehadiran kristal uric acid and jangkitan dalam cecair tersebut.
 
                    image kristal uric acid di bawah miskroskop



Rawatan ketika serangan GOUT
• Rehatkan sendi semasa serangan gout.
• Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
• Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
• Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak
boleh diambil berpanjangan.
• Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal,penyakit ini tidak akan melarat


Pencegahan
• Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
• Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
• Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
• Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
• Minum banyak air



Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.--means Umi kena pantang makan!
ELAKKAN MAKAN



• Organ dalaman seperti hati, paru-paru,ginjal dan otak
• Ikan bilis, kembung, sardin
• Daging cincang
• Ekstrak daging, ragi, dan kiub rebusan daging
• Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang



KURANGKAN MAKAN
• Asparagus, bunga kobis,cendawan dan bayam
• Peanuts, lentil, beans dan peas
• Poultry
• Roti jagung dan bijirin


lebih maklumat:



 disini ;http://www.emedicinehealth.com/slideshow_gout_pictures/article_em.htm
         -&http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Gout.pdf


hmm,marilah kita sama2 doakan umi aku sihat dan kembali pulih macam dulu..risau ni,dahlah dia dok sorang2..isk,sayang umi..


fatanahzakirah

Sunday, August 8, 2010

''eh,teruknya orang tu'', ''apelah orang tu''

salam semua..:)
selamat petang!arini dengan cuaca yang agak baik dan tenang di bandar shah alam ni,buatkan aku ade mud untuk tekan-tekan laptop ni,untuk bercerita tentang tajuk kat atas..

hmm,mesti korang pun pernah ATAU selalu lakukan umpatan atau hinaan kepada orang lain secara belakang-belakang..haa,terutamanya perempuan,tapi lelaki pun ape kurangnya dalam soal umpat mengumpat ni..macam aku sendiri,tak lari dari perangai buruk tu..tapi disebabkan aku ni pendiam,aku kadang-kadang terrr umpat orang lain dalam hati je..tapi tu pun berdosa okei!

jadi ape kaitannye tajuk ni dengan diri kita pulak ye?

sebenarnya aku nak berkongsi tentang ape yang dikatakan oleh lecterur subjek phylosophy of science(falsafah sains),madam nurul..dalam kelas die,aku memang takkan boleh tido walaupun mengantuk macam mane sekalipun sebab apa yang diperkatakan tu adalah untuk kami semua berfikir..memang kadang-kadang otak rase penat je bile abes kelas die tu,huhu..okey2,berbalik pada topik tadi,madam nurul cerita tentang 'gelap hati' atau 'cerah hati'..im sure sume orang tahu dan pernah dengar akan perkataan tu kan?madam nurul cerita pasal kawan dia yang tidak bertudung,pakai pakaian yang bukannlah muslimah sangat pun,tapi Tuhan anugerahkan die satu perjalanan hidup yang lancar dan tenang je tanpa ade masalah..bila bab belajar pun,die takdelah belajar sangat pun,tapi die dapat result yang lagi tinggi dari orang lain..madam nurul kata,itu bukan disebabkan genius atau tidak,kerana OTAK semua orang sama,kepandaian semua orang sama..tapi kenapa kawan madam tu cerah sangat hatinya dalam nenuntut ilmu dan bagaimana flow hidup die lancar dan tenang?MasyaAllah,semua orang mengimpikan hidup yang sebegitu..

Rahsianya mudah:kawan madam nurul tu tidak pernah pedulikan orang lain-means bukannya tak berkawan dengan orang lain atau menyendiri,tapi sepanjang hampir 15tahun madam berkawan dengan kawannya itu,sangat JARANG untuk die dengar kawan die bercakap buruk2 tentang orang lain..:)bagi kita,itu agak mustahil sebab kita akan secara spontan kutuk orang itu dan ini tanpa kita sedar kelemahan diri kita pun tak tertanggung,nak pulak kita peduli pasal hidup orang lain kan?mungkin inilah yang dikaitkan dengan 'gelap hati' dan 'cerah hati' itu tadi..

jika orang tu tak cantik,itu bukan kehendak orang tu sendiri,begitu juga jika orang tu ada kelemahan-kelemahan lain,ingatlah die itu manusia..takkan lari dari kelemahahan,kenape perlu dicaci?dihina?betul tak?semua orang nak jadi sempurna,nak jadi cantik,nak jadi bijak,nak jadi yang terbaik kalau boleh,tapi konsep TAKDIR TUHAN tu dah jadikan seseorang itu tidak sempurna,jadi jika orang tu kita lihat tidak sempurna,dan kita mengata-ngata dia,siapa sebenarnya kita salahkan?adakah kita salahkan takdir itu sendiri?tepuk dada,tanya hati kita sendiri..

jadi,jom,kita sama-sama berubah untuk menjadi yang lebih baik,hentikan perlahan-lahan sikap suka mengata dan mengumpat orang lain..berikut adalah tip-tips untuk kita sentiasa berbaik sangka sesama kita,nasihat ini adalah dari ulamak terkemuka,Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.

-fatanahzakirah-