follow follow

Tuesday, August 17, 2010

Umi saya dan GouT..

salam..hmm,dengan perasaan yang risau2 ni,aku sempat jugak nak berkongsi tentang ape yang jadi kat umi aku sekarang ni.huu,tak tahu nak buat ape,rase nak sangat2 balik rumah hujung minggu ni,tapi dengan kerja yang memang tak siap2 tak memungkinkan aku untuk balik jenguk umi.:(



ceritanya begini,2 hari lepas,aku dapat berita yang umi sakit kaki.dan jiran kami dah bawakan umi ke hospital,dan doktor sahkan umi diserang GOUT.sebab tu aku search dalam 2 web yang berbeza untuk dapatkan lebih info tentang penyakit ni,dan insyaAllah,mari kita kongsikan bersame.manelah tahu info ni boleh kita praktikkan pada diri sendiri dan orang terdekat kite kan?:)


Ape itu GOUT?
Gout is condition that results from crystals of uric acid depositing in tissues of the body. Gout is characterized by an overload of uric acid in the body and recurring attacks of joint inflammation (arthritis). Uric acid is a breakdown product of purines that are part of many foods we eat. An abnormality in handling uric acid can cause attacks of painful arthritis (gout attack), kidney stones, and blockage of the kidney filtering tubules with uric acid crystals, leading to kidney failure. Gout has the unique distinction of being one of the most frequently recorded medical illnesses throughout history.blaa,blaa,bla..(jenuh nak meng 'translate'kan ayat neh..huu,macam belajar subjek food lee pulak..hihi 



Senang cite macam ni laa,
Gout ni boleh ditakrifkan sebagai sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
• Pada keadaan yang normal,badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urine).
• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi dan menyebabkan merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.










Siapa yang berisiko?
lelaki lebih berisiko menghidapipenyakit ini 9 kali dari wanita.
Terutamanya lelaki berusia lewat 75 dan bagi wanita pula,selepas monopause.

Risiko untuk diwarisi oleh anak-anak mereka yang menghidap penyakit adalah 20% lebih tinggi daripada orang lain.

Risiko juga lebih tertumpu kepada mereka yang mempunyai obesiti,darah tinggi,penggunaan alkohol yang tinggi,hiperlipidemia,dan diabetes



Bagaimana Gout didignosis?
melalui pengambilan cecair daripada pesakit untuk dibuat ujian makmal
tentang kehadiran kristal uric acid and jangkitan dalam cecair tersebut.
 
                    image kristal uric acid di bawah miskroskop



Rawatan ketika serangan GOUT
• Rehatkan sendi semasa serangan gout.
• Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
• Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
• Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak
boleh diambil berpanjangan.
• Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal,penyakit ini tidak akan melarat


Pencegahan
• Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
• Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
• Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
• Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
• Minum banyak air



Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.--means Umi kena pantang makan!
ELAKKAN MAKAN



• Organ dalaman seperti hati, paru-paru,ginjal dan otak
• Ikan bilis, kembung, sardin
• Daging cincang
• Ekstrak daging, ragi, dan kiub rebusan daging
• Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang



KURANGKAN MAKAN
• Asparagus, bunga kobis,cendawan dan bayam
• Peanuts, lentil, beans dan peas
• Poultry
• Roti jagung dan bijirin


lebih maklumat:



 disini ;http://www.emedicinehealth.com/slideshow_gout_pictures/article_em.htm
         -&http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Gout.pdf


hmm,marilah kita sama2 doakan umi aku sihat dan kembali pulih macam dulu..risau ni,dahlah dia dok sorang2..isk,sayang umi..


fatanahzakirah

2 comments: