follow follow

Saturday, May 28, 2011

tak mudah.bukan semudah itu

pernah rasa kecewa?

tadi saya sempat singggah ke blog 'dia'
mungkin 'dia' tahu siapa 'dia'

satu ayat yang keluar dari bibir saya,

''tak semudah itu aku lupa''


19 Jun 2010


tarikh ni adalah tarikh
saya mengenal
siapa sebenarnya kawan
siapa sebenarnya bukan

saya menjadi sukarela
untuk adakan satu reunion
budak-budak sekolah menengah saya dulu

hanya 7 orang yang datang
daripada 130++ orang 



apa perasaan saya?
=terlalu kecewa

apa yang 'dia' tahu?
akan kesusahan saya?
kalau betul 'dia' itu sahabat baik
dia takkan tergamak tidak hadirkan diri

bayangkan 7orang saja yang hadir...
bayangkan pagi tu saya menangis bagai nak gila
sebab saya dah beli segala-galanya
dan saya risau tak ada sorang pun yang datang

bayangkan bila kita bersungguh-sungguh
dan tidak seorang sahabat yang mengaku sahabat hadir
yang datang adalah orang luar
sahabat yang tidak rapat
yang mungkin sangat kasihankan saya

orang luar lebih menyokong dari sahabat sendiri

bayangkan semua itu

jadi tak semudah itu untuk saya memaafkan
hati ni terlalu terkilan

sangat terkilan

Monday, May 23, 2011

Demam Vs Tidak Ada Duit

kamu pernah demam?
pernah?
selalu buat apa bila demam?

kalau saya,mesti dah selamat ke klinik 
makan ubat-ubatan yang banyak
dan ambil masa beberapa hari untuk sembuh
(sambil bermanja dengan umi..hehe)

jadi,sekarang saya masih di shah alam
tak balik sebab mula bekerja
jadi memang takde duit!

bila nak pergi klinik pun takde duit
sebab baru 3 hari keje

incik bf kasi satu petua
mula-mula saya tak berapa percaya
kata dia

''sayang,tido malam ni,tutup kipas,
dan berselimut,kasi biar satu badan peluh''

yup,disebabkan memang takde duit
dan dah tak ada cara lain
saya cuba cara dia

malam pertama tak berapa jadi
tak berpeluh langsung
rupenya saya tak berselimut....
dan saya masih demam..=.='

dan hari esoknya saya tetap pergi bekerja

pada malam kedua
memang betul-betul berpeluh
esoknya bila bangun
badan jadi segar

korang tak percaya?
cubalah!

-fazlan-

Saturday, May 14, 2011

itulah bersaudara~

semalam perlawanan bola
selangor vs kelantan
RED GIANT vs RED WARRIOR

bukan nak cakap pasal keputusannya
walaupun telah selangkah kaki ke final
tapi bila aku di stadium semalam
terasa ada sesuatu yang lebih membanggakan

''bolasepak menyatukan rakyat''

setuju dengan statement di atas?
bila ada di stadium
bila perlawanan bola dimulakan
semua hanya tertumpu kepada satu
hanya bola,padang,dan pemain-pemainnya

penyokong bertungkus lumus bagi sokongan
dalam lautan manusia yang serba merah itu
mereka semua bersatu
tidak ada istilah perpecahan di sana
kau pas ke,kau umno ke,kau pkr ke,
dap,mca,atau mic?
kita semua sama

semua sayangkan negeri dan negara
cuma masing-masing punya matlamat dan cara berbeza

yes,aku suka
suka melihat perpaduan itu
harapnya ini akan berkekalan
bukan untuk bola saje
kalau boleh untuk semua
untuk perpaduan sesama kaum
dan perpaduan antara kaum

ada orang pernah kata
dalam kubur malaikat takkan tanya kita bangsa apa
malaikat akan tanya apa agama kita

tapi kita juga harus ingat
dalam kubur nanti
''malaikat juga takkan tanya apa parti kita''

semoga Malaysia akan harmoni dengan perpaduan ini
InsyaAllah
doakan same-same

Tuesday, May 10, 2011

Tuhanku..

alhamdulillah
alhamdulillah..
alhamdulillah.....


selepas hampir sebulan bertarung dengan final exam
dan berakhirnya sem 4
rasa terlalu bersyukur diberi kekuatan ini lagi

keadaan ibarat dalam peperangan
berperang untuk mendapat keputusan terbaik

tapi kesukaran yang bertubi-tubi sangat meresahkan
itu yang penghalang terbesar dalam pertarungan

aku bukan budak dekan
selalu saje hampir ke arah itu
sangat hampir...

tapi kerana itu jugak
aku berperang dalam diri
untuk kekalkan prestasi sindiri

banyak stress
itu aku tak nafikan
tapi satu yang bermain-main di minda
bila aku mula ingin kecundang dalam perasaan

''SEJAK BILA AKU TAK ADA TUHAN?''

ye,bila aku mula down
itu yang aku selalu tanya
sejak bila aku tak percaya pada Dia
sejak bila aku tak menerima ketentuan Dia

kadang aku lupa
Dialah segalanya
yang menentukan juga Dia
kenapa aku masih perlu bersedih?

aku sudah berusaha
aku sudah lakukan apa yang terdaya
dan segala-galanya adalah bersungguh-sungguh

sekarang tiba masanya
aku biarkan yang Maha Pencipta menentukan
arah tuju dan takdir ini

insyaallah,
doakan yang sebaiknya
untuk semua.
amin.