alhamdulillah
alhamdulillah..
alhamdulillah.....
selepas hampir sebulan bertarung dengan final exam
dan berakhirnya sem 4
rasa terlalu bersyukur diberi kekuatan ini lagi
keadaan ibarat dalam peperangan
berperang untuk mendapat keputusan terbaik
tapi kesukaran yang bertubi-tubi sangat meresahkan
itu yang penghalang terbesar dalam pertarungan
aku bukan budak dekan
selalu saje hampir ke arah itu
sangat hampir...
tapi kerana itu jugak
aku berperang dalam diri
untuk kekalkan prestasi sindiri
banyak stress
itu aku tak nafikan
tapi satu yang bermain-main di minda
bila aku mula ingin kecundang dalam perasaan
''SEJAK BILA AKU TAK ADA TUHAN?''
ye,bila aku mula down
itu yang aku selalu tanya
sejak bila aku tak percaya pada Dia
sejak bila aku tak menerima ketentuan Dia
kadang aku lupa
Dialah segalanya
yang menentukan juga Dia
kenapa aku masih perlu bersedih?
aku sudah berusaha
aku sudah lakukan apa yang terdaya
dan segala-galanya adalah bersungguh-sungguh
sekarang tiba masanya
aku biarkan yang Maha Pencipta menentukan
arah tuju dan takdir ini
insyaallah,
doakan yang sebaiknya
untuk semua.
amin.