follow follow

Thursday, May 27, 2010

Aku menjadi DOKTOR pakar C.I.N.T.A~~

ehem2,salam..aloha=)
huhuu,hari ni aku berada dalam mud yang agak baik..uhuhu,
haa,msti plik je tjok tu ep?ceritanya begini..sepanjang hidup aku ni,aku akan jadi tumpuan oleh kawan2 aku yang ade problem dalam love or relationship,kiranya aku ni agak handal le bagi nasihat dan dorongan kat orang ne,dan terlalu banyak kisah yang aku nak kongsikan disini..jum2,kita follow setiap satu ye..p/s:name character dalam setiap kisah melalui pengalaman aku bersama kawan2 ni,aku terpaksa rahsiakan..maklumlah,kita nak ambik pedoman je dr kisah2 ni,bukan untuk menjatuhkan sesiapa..=)

KISAH 1:problem seorang lelaki dan seorang perempuan untuk berterus terang dalam menyatakan perasaan...

yup,ini terjadi pada kawan aku,mari aku namakan die sebagai nina dan lelaki yang berkawan rapat dengan dia tu namanya sham~..Nina da lame berkenalan dgn sham ni,tapi kenal melalui kawan2 kepada sham laa kan..(means:kwan sham adalah kwan nina)
nak dijadikan cerita,nina dok bermesej,dok bergayut sakan setiap hari dengan sham ni,die dpt rase 1 perasaan..(err,ni masuk ayat jiwang da neh..ekeke)..nina pun dapat rase perasaan sham tu sma mcm dia,tapi die masih ragu2..(beselaa,bagi si sham dan nina ni,mereka takut mereka slah anggap akan perasaan masing2)..dan disebabkan perasaan ragu2 itu,mereka pun makin renggang,ditambah pulak kawan mereka yang memperkenalkan mereka sebelum ni buat hal laa pulak,sebab cemburu.hhuhu,mcm2 betul perangai orang zaman sekarang ne eh..

SOLUTIONNYE..:si nina ni bagitahu aku..ahaha,ape ag,aku ni mmg agak pakar(tambah suke menyibuk bab2 hal chenta org len ne),aku mintak no phone si lelaki itu..(opst,bkn untuk mengorat si sham tu ye,tak kuase aku tao!=P )..

mula2 aku mesej sham,aku boley plak wat knon2 salah nombor,,ekeke,klakar gle bile si sham tu LANGSUNG tidak tahu sape aku sbnrnye..usha punye usha punye usha..akhirnye si sham ni(tanpa tahu siapa aku aka ak ni bestfren kpd nina ne),die pun cerita laa knonnye die mmg rapat dgn sorg pmpuan(pmpuan itu adalah nina~nasib baik die tak ckp pmpuan len,kalo tak....KANTOI beb)..

okey2,die pon ape ag,bcerita laa pasl kebaikan,ke'cun'an nina ne kat aku..dan dia nyatakan sifat ragu2 tu pada aku..katanya,die dpt rase nina tu ada feel pada die,tp die tak pasti sebab dah kwn die tu buat cerita yang knonnye nina ni xde feel kat sham ni,n aggp sham ni sbgai kawn biasa..hmm,aku pun bagi panduan pada sham untuk ikut steps ni:

1.mesej si nina tu malam tu jugak..
2.nyatakan perasaan die pada nina tanpa ragu2 lagi
3.bersedia mental dan fizikal untuk terima apa sje reaksi nina(sbb nina mgkin akan terima atau menolak,2 bnda yang common dalam berterus terang ne..)

tapi kesudahannya:
hubungan mereka bermula apabila nina terima sham dan mereka kekal hingga ke hari ini..;)

KISAH 2:seorang lelaki yang tidak percaya pada gf nye..

ahha,ne bile ada kwan lelaki aku,i name him as man..die da ade awek..dan satu hari tu,awek die bercerita pasal hher ex bf dlu pada si man ne..ape ag,merajuk laa si man ne,sbb die anggap gf die tu masih ade feel pada her bf tu..haihh,lepas tu si man plak kata,bila die cerita pasak ex gf kat gf die,gf die akan melenting..hmm..mereka berdua ni pulak sbnrnye dalam perhubungan jarak jauh(PJJ)..lagilaa problem kan..

SOLUTIONNYE:

dalam setiap hubungan ni,perlu ade KEPERCAYAAN..itu satu konsep yang paling penting dalam hubungan tu,sebab tanpa kepercayaan..pasangan tu takkan kekal,kalo kekal pun,akan selalu timbul perbalahan dan sengketa..

dalam kes ni,kedua2nya bersalah dan perlu perbetulkan diri..
si lelaki:

1)perlu lebih percayakan gf die
2)jangan cepat melenting dan anggap yang bukan2 pada gf die bila gf die bercerita pasal her ex..kerana~gf dia tu ade knangan bersama her ex bf dulu,dan kenangan tu takkan dapat dihapuskan walaupun die nak..so,perempuan ni sebenarnya akan sentiasa teringatkan kenangan2 tersebut,sebab itu si lelaki perlu lebih terbuka sekiranya gf die bercerita,sebab mgkin gf die nak nyatakan sesuatu tapi dengan cara bercerita pasal her ex,untuk kasi si lelaki ni paham,mgkin die nakkan layanan yang lebih baik@nakkan si lelaki ni buat sesuatu dalam hubungan ni,LEBIH dari her ex dulu pernah buat untuk die dulu..so lelaki~think POSITIVE!!

si gf pulak:
1)bercerita pada bf sdiri sbenarnya amat digalakkan,sbb dah sejak azali lagi perempuan memang dilahirkan untuk bercakap,bercakap,dan bercakap..tapi bercerita tu,kita kne ambil jgak posisi si lelaki tu,supaya kita tahu LIMIT die untuk bercerita pasal ex bf ke,bla bla bla..so,be carefull tw!
2)si gf pn kne juga bersikap adil,jangan laa bila bf cerita pasal his gf,kita plak marah2,tapi bila kita bercerita?kite pun kne bagi lelaki let it out tentang knangan die,yang tu tak perlu dihalang..tapi,diingatkan~si lelaki juga perlu tahu LIMIT untuk bercerita tu,jangan sampai lebih2 lak bercerita sampai si dia merajuk tak berkesudahan=)

ohh,sbnarnya banyak lagi aku nak kongsi di sini kisah2 menarik,nanti kita sambung lagi di babak kedua nanti ye;P

Monday, May 24, 2010

pulau redang~REDANG LAGOON

salam..aloha=)

huhu,alhamdulillah,akhirnya aku dah selamat sampai dari bercuti di pulau redang hari tu..biaselah,tyme2 panas gini,seronok rasanya bila pergi bercuti di pulau..aku pergi dengan my sis bersama kawan die,miss eny;)
perjalanan kami bermula bila jadual feri kami sampai pada pukul9 pagi kat syahbandar,kuala terengganu..disebabkan itu jugaklah,kami terpaksa turun sangat awal dari rumah(sebab rumah kami dari jeti syahbandar tu mengambil masa 2 jam lebih)..

Setibanya kami di sana,ape lagi,aku da start pening2 la sebab aku ni memang MABUK KENDERAAN..ushh,sgt pening,nasib baik tak muntah atas feri tuh..haha
then,kami pun pergi laa cari chalet kami,iaitu REDANG LAGOON..huhu,chalet tu dok hujung2 sikit,tapi betul2 dekat dengan laut,so memang takde masalah langsung lah nak mandi manda kat sane..lepas siap check in di kaunter tu,kami dibawa oleh pekerja2 kat situ ke bilik kami,104..sambil2 tu,dorang boleh lak cakap KAY ELL ngn kitorang,tapi bila kami ckp kami dr kelantan,ape ag..dorg pon tros ckp ganu le..haha,mereka sangat friendly dan suke bercerita..disebabkan kami ni bertiga,pastu perempuan semuanya,dorang tu memang jaga kitorang laa kan..ekeke

petang tu,kami pergi snorkeling~naik bot yang memeningkan!huhu,da la aku pun pening2 lalat ag masa naik feri tuh,haihh..;P
sampai2 kat tengah laut,adelaaa abg yang sgt baikk tu tanya sama ada aku ni pandai berenang ke tak,ape ag,ak mcm xde lah pndai sgt..so abg tu offer diri untuk guide aku dan sorang amoi tu bsame2=),kakak aku dan kawan die tu berenang bsame2 di area len..yang besnye,abg yang jdik guide aku tu bwk pergi pusing2 sekeliling area tgh laut tu,die tunjukkan mcm2 yg best dan abg tu byk gak berbual2 ngn aku dan amoi tu,lebih kurang sejam lepas tu,kami pun balik..huhu,smpai2 kat chalet,aku lepak2 kat atas buaian tu bsme2 kakak n mis eny,smbil berbual2 dengan beach boy2 di sana..erk,smbil main2 pasangan kera yang sangat sporting~JOKO dan BELLA..haha

malam tu takde la wat ape2 aktiviti sgt,tp kami dibawa oleh guide kami tengok pasir biru aka blue sand..bertuah gak laa malam tu kami dpt g jalan2 sekeliling pulau tu,smpai kat chalet tu,kami melepak2 lagi smbil dengar orang men gitar..sangat besh!

HARI KEDUA

keesokkan harinya,pagi tu kami tak g breakfast pun sbb malas+penat,then kami pun g snorkeling di marine park..kakak aku siap g sewa kamera yang bole bwk masuk air ag tw..selepas penat berpusing2 di marine park tuh,kami balik ke chalet dan makan2,smbil melepak2 lagi..huhu,petang tu kami g snorkeling lagi untuk yang terakhir kalinya,dan masa ni aku sangat tensen!sebab aku pening,dan da hilang mud untuk mandi laut..hampir muntah!waa,nasib baik aku sempat tahan sampai ke darat..balik tu rehat2 bwah pokok kelapa tuh,sejam pastu kami smbg snorkeling lagi(maklumlah..hari last kan..uhuhu)..

akak aku dibawa pusing pulau,aku plak lepas tgk baby shark tu,aku trus nak naik,sbb da pening sgt dan aku amek angin ats bukit tuh dgn guide aku,masa tu da kurang laa sket pening tu kan..huhu,mis eny lak berenang2 lagi(suke betul die berenang ek)haha

malam tu kami g blanje abg2 guide tu minum sb dorg da byk sgt berjasa kat kitorang sepanjang hari tu,lepas tu kami naik atas bukit yang lain tu untuk amek angin,dan bergambar,pastu kami pergi OPEN DISKO???(erk...jangan salah paham..kami tengok je GUIDE2 kami tu menari yee,smbil kami duk kat kerusi kat luar tu melayan lagu..huhu)
balik je chalet,kami sekali lagi melepak di buaian tu smpai ke tgh malam,dan akhirnya kami pun balik ke bilik untuk simpan2 barang untuk balik keesokkan harinya..=P

pulau redang ni memang sangat best~enjoy la sape2 yang berminat nak pergi tu ye;)

Wednesday, May 12, 2010

semua manusia HIPOKRIT..~

salam..aloha;D


ahhaa..petang ni pada cuaca yang agak panas ne..(mmg SANGAT PANAS!),aku pun mendapat 1 topik di sini..huhu,untuk merungkai 1 persoalan''benarkan semua manusia itu hipokrit?''


Difinisi Hipokrit itu sendiri:boleh ditakrifkan sebagai 1 perbuatan yang munafik dan berpura-pura.bagi pendapat aku sendiri,ya,aku sangat bersetuju dengan statement tersebut.


kita sebagai manusia ni,ingin dilihat BAIK,TERBAIK,JUJUR,IKHLAS di mata orang lain..ye lah,sape yang nak org lain aggap kita ni jahat,betul tak?tapi hipokrit ni juga bergantung pada niat juga sebenarnya.sebab sifat ni terbahagi kepada 2 kategori pulak,iaitu:


positif dan negative side..


~contohnya:dalam hati kita ni tak nak pakai tudung
(contoh yang paling senang dan mudah untuk difahami),tapi kita masih pakai walaupun dalam keadaan terpaksa,itu juga dinamakan HIPOKRIT..tapi ia adalah satu contoh hipokrit POSITIF,sebab perbuatan tu adalah satu tindakan yang tepat berlandaskan hukum ISLAM itu sendiri..


dalam hati kita ni,tak selalunya baik..bak kata salah seorang ulamak yang aku baru jumpa haritu,(lihat post sebelumnya)


''dalam diri setiap orang tu,akan ada syaitan yang menghasut..tapi kita sendiri yang perlu memilih untuk ikut hasutan syaitan itu,atau lebih berlandaskan hukum islam berpaksikan alquran dan alsunnah..diri kita yang membuat keputusan tersebut...''


~Kita juga kadang-kadang terpaksa menjadi hipokrit untuk menjaga hati orang lain.contohnya,bila seseorang tu kehilangan@ditinggalkan oleh orang yang dia sayang,ni lebih kepada KEKASIH punya problem laa kan,then,walaupun kita dah bagi nasihat pada orang tu agar terima apa yang terjadi tu,masih ada yang akan 'keep on mumbling' pasal kesedihan dia tu..ya,aku akan sentiasa berpura-pura melayan orang tu,sebab nak jaga hati dia.tapi melayan pun takat gitu je laa,tak bersungguh-sungguh(nahh,dis is also hipokrit type maa,tapi dok di tengah2 je kut,neither positive nor negative hipokrit lo);D


~ada juga alkisahnya bila my ex punye EX gf(err,agak2 korang paham ek?kui3)..ushh,mula-mula kenal dia,sangat-sangat rasa selesa sebab aku anggap perkenalan kami tu adalah sesuatu yang positif(yelaa,takkan aku nak bergaduh sebab laki kut,,not my type okeiiii).then,rupa-rupanya dia hanya mempergunakan aku untuk baik balik dengan my ex..hah!inilah satu jenis bentuk HIPOKRIT yang negatif,sebab dia dah melangkau jauh,depan tunjuk baik dan seterusnya mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri..THAT HIPOKRIT dat I HATE!huhu,(da lari topik sikit..sori..;p)


dah sbgai kesimpulan nya,akibat dari HIPOKRIT yang ada dalam diri kita tu,ianaya bergantung pada NIAT kita,sebab dalam apa-apa hal pun,NIAT kita yang akan dihisab dulu,barulah dari segi luaran...jum kita dekati hipokrit yang baik(positif) dan abaikan hasutan syaitan untuk kita melayan Hipokrit negatif dalam diri kita ni..

Friday, May 7, 2010

akhirnya aku...

salam..aloha ;D


sekarang ni da tibanya aku memulakan blog ni..
4 unknown reason,i have to commite in writing lah sebab aku punya pendapat sendiri dalam setiap yang berlaku di sekeliling aku sekarang ni..


Kenapa perlu berBlog?
1.kerana nak berkongsi wutever pendapat dengan semua org especially my frens lah kan..aku suka bercerita,dan aku suka mendengar cerita..so medan blog boleh jadi tempat semua orang meluahkan perasaan mereka pada aku dan bertukar pendapat..(i'm a good listener tao)..benda ni boleh wat aku berfikir lebih jauh dan aku mungkin akan lebih memperbaiki diri aku ni kearah yang lebih baik..;D


2.aku punya pendapat sendiri untuk dikemukakan bagi setiap yang berlaku di sekeliling aku sekarang ni..yelah,aku ni sebagai seorang perempuan,seorang anak,seorang adik,seorang kawan, seorang dari rakyat malaysia,seorang dari penghuni dunia ni,dan yang paling penting,seorang hamba kepada Tuhannya..so aku perlu untuk selalu up to date dengan keadaan semasa dan nyatakan pendapat aku kerana walaupun suara aku ni kecil,tp ia lantang untuk menunaikan semua tanggungjawab aku sebagai seorang manusia..


3.untuk biar orang lain lebih dekat dengan aku,sebab aku ni agak 'peMendam rasa'..hee,agak susah untuk bercerita dengan org lain apa yang aku rase sebelum ni..tapi sebenarnya penting untuk kita Meluahkan dan berkongsi perasaan kita kat orang lain ni..sebab kita akan lebih terbuka dan hati kita lebih tenang..apa salahnya berkongsi benda yang gembira dengan orang lain kan?kerana orang itu akan merasai kegembiraan yang sama dan bila kita bersedih,kesedihan tu akan kita kurangkan dengan Berkongsi dan meluahkan..so ape tunggu lagi?Lets start berBlogging!