1.bila saya gembira,saya akan membebel-bebel pada awak,dan saya akan bersungguh2 bercerita tentang apa yang buat saya gembira tu pada awak,dan awak akan tumpang menyampuk sekali,walau awak bukan paham sangat cerita saya tu...
2.bila saya tak dapat apa yang saya nak,awak takkan dapatkan benda itu untuk saya,tapi awak akan gantikan dengan perkara yang lebih baik,dan buat saya lupa tentang kehendak saya itu..
3.bila saya perlukan awak,biarpun awak penat study,awak tengah syok lepak dengan kawan2,atau awak tengah makan,tapi awak akan layan saya bersungguh2,seolah2 awak tgh takde keje..biarpun awak bizi sgt waktu tu..
4.bila saya rase nak marah2,saya bagitahu awak..dan awak akan buat lawak,smpai saya tergelak2 dan terus lupa tentang kemarahan sy tu..
5.bila saya kata saya rindu sebab kita dok berjauhan,awak sanggup datang dari p.pinang ke shah alam dengan naik motor kesayangan awak tu,dan bila awak smpai,awak masih boleh tersenyum depan saya..awak tak tunjukkan penat awak,padahal penat awak tu hanya Tuhan saja yang tahu..
6.bila saya merajuk dan hilang mood,awak takkan lena tidur,dan sepanjang malam awak akan temani sy,mesej saya tanpa henti..
7.bila saya takde duit,awak tak bagi duit tu untuk ringankan beban saya sebab awak pun takde duit,tapi awak akan paksa saya berjimat..dan awak akan pastikan saya hanya beli apa yg saya perlu,bukan apa yang sy nak...
8.bila saya tak tahu surah2 dalam al-quran,awak akan cuba temani saya hafal surah2 tu bersama2..awak akan dgr sy hafal surah tu berkali2 tanpa boring..
9.bila saya ade test/paper dan saya takde mood nak study,awak akan teman saya study..saya akan bercerita tentang subjek yang saya kne hafal tu,dan awak akan dengar smbil menyampuk,walau awak tak tahu sepatah haram pun ape yang sy cakap,sebab awak budak engineering,saya budak sains..
10.awak tegur saya dengan lembut dan buat saya tak terasa hati dengan teguran awak..bukan macam orang lain tegur..selama ni tak pernah awak tinggikan suara awak pada saya..
fatanahzakirah
No comments:
Post a Comment