follow follow

Sunday, February 27, 2011

CONTEST:SAYA SUKA!


ehem,ni nak try jugak cuba2 nak adakan satu contest utk blogger2 sekalian..
hehe,agak2 ramai tak yang join?meh kita tengok ye..:')

syarat2nya sangat mudah:

1:follow blog ini

2:hendaklah menggunakan gambar sendiri(gambar sorang@ramai-ramai pun tak pe)

3:contest ''saya suka'' ni sebenarnye lebih menjurus kepada hobi,contohnye karoeke,main boling,joging,memasak dan etc..jadi gambar tersebut  perlu ada gambar korang sendiri dan aktiviti yang korang lakukan

4:letakkan banner di atas di blog korang,dan korang perlu buat satu entry pendek tentang korang dan hobi korang (cerita la sikit2 tentang hobi tu),tak perlu entry panjang2 tau:)

5:tag 4 orang blogger yang lain

6.informkan pada saya di sini!

itu saje:)

TARIKH TUTUP:30 MAC 2011

hadiahnya?
mestilah ade!
hehe,kita tengok berapa ramai yang berminat,dan saye akan umumkan hadiah beserta pemenangnya nanti..


ini berita gembira.kemalangan part 2(sambungan)

hee,dah seminggu dah kejadian excident tu berlaku,kaki saye pun dah baik
 da,walaupun luka masih tak berapa kering dan jalan masih terhenjut2,ish.

sambungan dari entry sini,

saye dan alan sampai ke hospital klang 
lebih kurang pukul 12 tgh mlm

(bes jugak naik ambulan ye..hihi)

tak de ape yg menarik pun terjadi di hospital tu,
doktor cek sana sini
takut ada yang patah

patu, kwan2 terbaik saye
jiha dan syai datang ambik saye 
dan budak bucuk alan dari hospital
dan kami sampai rumah pukul 2 stgh pagi

selepas accident?

:ye,saye lebih menghargai hidup

:saye jugak rase malu
sebab terpaksa jalan terhenjut2 
dan saye akan jalan lmbat mcm siput:'(

:terpaksa pakai seluar track pegi klas(bayangkan??)

:terpaksa semayang atas kerusi
-->like my umi yg skit lutut

:saye tak dpt make up kan muka saye 
selama seminggu sebab luka dan lebam di muka

:dan saye bertambah sayang pada alan 
dan semua kawan2 saye yg sgt mengambil berat

sangat berterima kasih kpd
budak2 kelas saye,keluarga saye
(pssssttt , umi saye taktau saye accident okeh! :P)

ok,tutup cerita tentang accident,saye sudah semakin sihat!jum jogging!! haha :D

fatanahzakirah

Sunday, February 20, 2011

ini berita gembira.kemalangan part 2

19 februari 2011,jam 11malam

tengah bawak moto
my mucuk alan follow dengan sebuah moto lagi di belakang
tujuan:untuk print result lab

dari jauh tengok sebuah kereta gen2 kaler purple berhenti tunggu traffic light
dan saya pun berkhayal(mengantuk)
tibe2 rase dekat je keta tu
dan saya brek mengejut
cuba untuk cilok mengelak langgar kereta itu
dan akhirnya excident
kepala kena dulu,bergegar rase kepala(pening)
moto menghempap saya
saya takleh bangun
cuba cari alan
rupenya die park moto kat tepi
soulmate saye tu tlg agkat moto
org lain pun dtg tolong
luka di lutut agak besar

alan col jiha(my housemate)
jiha datang dengan shy
saye baring ditepi jalan
mula rase mual
mereka gi panggil ambulan kat pusat kesihatan uitm
saya dan alan naik ambulan...

bersambung...

fatanahzakirah

Saturday, February 19, 2011

ini cerita sebenar.

salam

ada orang kata 
diri dia telah difitnah knonnya
nak tahu cerita sebenar?
meh saya nak cerita.

ada seorang perempuan yang lebih berusia
nama die?biarlah rahsia
dia mempunyai seorang bf 
dia pernah berhubung dengan ex gf boyfren nye itu
dan ex gf tersebut dah pun ade bf baru
lalu mereka jadikan dia sebagai kawanlah
bf dia juga masih berkawan dengan exnya tu

nak dijadikan satu cerita
1 hari
bf perempuan itu mintak pendapat exgfnya 
tanyakan tentang gusar hati kerana perempuan itu lebih tua
exnya bagi satu jawapan rasional
tanpa langsung berniat jahat,dia berkata
’fikir sebaiknya,kalau betul dah tak boleh teruskan,baik putus sekarang,
takut lagi lama,perempuan itu lagi berharap,dia akan lagi terluka’

Exnya takde berniat nak rosakkan hubungan mereka
Sebab perempuan itu dianggap sebagai kawan dan kakak
Fikirkan rasionalnya jawapan itu
 dia tahu makin lama hubungan itu berlangsung,makin terluka perempuan itu
sekiranya ditinggalkan


Akhirnya mereka putus.
Lelaki itu kononnya taknak bagi perempuan itu berharap
Perempuan itu pula masih bersedih2han
Jadi ex gf lelaki itu menyuruh bfnya pegi meredakan hati perempuan itu
Sebab mahu dia jangan sedih
Jangan terluka
Mereka selalu chat di facebook

1 hari,bfnya memberitahu betapa kelirunya die
Kerana perempuan itu terlalu baik tanpa sebab
Jadi dia mahu menguji
Dan dia beritahu 1rahsia besar(kononnya) pada perempuan itu
Dah minta perempuan itu merahsiakannya
Perempuan tu pun berjanji..

1hari bf perempuan itu col exnya marah2
Rupanya perempuan itu memberi tahu rahsia yang direka itu kepada bf nya
Hubungan bfnya dan exnya dulu sudah tidak baik
Perempuan itu sambung balik dengan bfnya
Setelah dia memburukkan nama exgf kepada bf itu kepada lelaki itu

ehh,Cerita itu tidak habis lagi..

Perempuan itu mula mengadu domba tentang exgf itu kepada bf exgf itu
Kononnya exgf itu selalu menghubungi bf perempuan itu
Dan bila exgf itu dapat tahu
Dia mula membenci perempuan itu yang dianggap baik
Dan takkan maafkan perempuan itu.

Itu sahaja,apa pandangan anda?siapa yang bersalah?
 -fatanahzakirah


Thursday, February 17, 2011

bunga api di i-city!

sungguh chatek!

 hehe,tadi sambil2 pegi makan dengan incik alan,kami bertuah sebab kami dapat menikmati panorama bunga api di i-city,btul2 menghadap kami..so,enjoy d show:)




fatanahzakirah

Tuesday, February 15, 2011

Story mory:cerita suatu malam..

salam
pada malam yang sunyi dan sepi ni,saya ada satu cerita
cerita di mana abang saya telah selamat menikah pada 11 februari yang lalu di pekan,pahang..

ok,lupakan sahaja pasal perkahwinan itu!
itu hanya pengumuman sebenanye..hihi

ok2,kita sambung semula cerita tadi......

cerita ni sebenanye berlaku pada hari perkahwinan abang kedua saya tu.

begini,
bila dah selesai majlis kenduri pada sabtu hari tuu,
saya mulakan perjalan balik ke shah alam bersama kakak,abang,dan kakak ipar saya,dan juga si kecik absyar~

pukul 3ptg:berhenti klinik di pekan sebab absyar mula demam olok2
(oh,demam mengada namenya itu)
pukul 3.30ptg:mula bergerak dari pekan ke shah alam.
suasana dalam kereta ketika itu:gelap gelita(saya dah tido!haha)

sampai dekat dengan gombak tu,abang saya telah buat satu keputusan mengejut.....

dia nak ke Genting!

yabeda beduuuuuuu!hihi:D

dan sekarang ceritanya bermula:
kami singgah ke sebuah hotel di Genting,tapi semuanya telah penuh akibat dari kawan2 chinese kita terutamanya,menghabiskan cuti mereka sehingga ke hari kekasih.

disebabkan hotel tu dah penuh,pekerja kat situ cadangkan kami ke Amber court,
hotel di atas bukit itu.

dalam keadaan hujan yang mula melebat,
kami mula mendaki bukit itu dgn kereta.dari bawah,kami lihat hanya sebuah bangunan itu shj yang ada di situ,dan sebuah lagi adalah bangunan terbengkalai...

(sila pasang muzik seram utk dpt lebih mood seram,terima kasih)

kami daki,dan daki,dan daki..bangunan tu semacam tidak berpenghuni,hanya sesekali terlihat lampu terpasang..dan bangunan itu dianggar dalam 15-20 tingkat.

kami tiba,
nasib baik lobi ada lampu,
abang saya je yg turun utk tanya lebih lanjut,dan kami mula mengunci kereta,
absyar mula blur sebab baru bgun dari tido.dan abang saya dan kak sarah pegi tgk bilik dan.......

cerita itu pun tamat,tade sambungan!hihi

actually saya cuma nak kongsi pengalaman tgk bangunan seram tu je,tade ape2 pon yg jadi..

akhirnya:kami tak jadi tempah bilik dan kami menghabiskan masa dan duit dengan makan di Genting dengan harga rm86 utk 3 pinggan nasik,dgn 3 jenis lauk.

sekian.

-->lagu maafkan kami sebab cerita ini tidak seram langsung..T.T





Thursday, February 10, 2011

saya masih ingat..

saya masih ingat
dulu saya pernah bahagia
dan bahagia itu tak kekal lama
tapi ia datang kembali
setelah ia pergi

kerana itu saya lebih menghargai
Dia yang datang tanpa dicari
memberi ketenangan yang hakiki
walau apepun yang terjadi
Dia tetap berada di hati
kadang tanpa kita sedari

begitulah,Maha Suci Allah
yang sentiasa bersama walau apepun yang terjadi
selagi kita tidak berpaling
dan masih lagi mendapat petunjuk dari Nya
selagi itu diri ini ingin berubah
bersama si cinta hati

fatanahzakirah 

Monday, February 7, 2011

korang gemuk??baca sini!



salam.selamat petang!

sebelum korang teruskan membaca entri ini saya nak tegaskan,entri ini tidak langsung berniat untuk kaitkan dengan sesiapa , tidak mahu menyindir , mengutuk@mengeji sesiapa , ini lebih kepada pengalaman diri saya sendiri.so jangan sesiapa emo okeh !

Perempuan zaman sekarang , memang takkan lari dari masalah nan satu ni , iaitu badan lebih berisi ( lebih sedap bunyinya dari dipanggil gemuk.thee )..

jarang , terlalu jarang perempuan yang kurus halus mulus zaman sekarang ni.
ada tu memang ada,tapi bandingkan bilangannya dengan yang perempuan lebih berisi itu , hah , mana yang lebih ramai ? hoho

lelaki lainlah , dorang lebih banyak buat kerja ( iyelah tu ) , 
ada yang merokok , sebab tu ramai yang kurus .

merokok membahayakan kesihatan,mekacih.

sekarang ni saya pulak yang melalui zaman itu ,
ye . zaman itu . zaman penuh gelap ......

oh , lupakan dulu kenapa saya jadi gemuk , mari kita merasai betapa best nya jadik gemuk ne..huh?ape rasa?

1.tak perlu risau nak makan banyak
(dah alang2 gemuk tu,lantak aje.)

2.duit pun cepat sangat habis kebelakangan ni,oh ye,sebab beli aiskrim,coklat cadburry,apam balik pun ada...

3.tak boleh dah pakai baju ketat2
(bagus untuk wanita yang nak berubah daripada seksis kepada tidak berapa nak seksa)

4.orang kata muka berisi ni lebih terserlah keayuan dan kegebuan kulit .
(macam tipu,haha)

5.suka bila ramai yang bagi perhatian,
''eh,dah lama tak jumpa,makin BERISI lah awak sekarang ye...''

6.bila kita berjalan sikit,mula termengah2,padahal baru berjalan tak sampai sedepa..

7.bila tido atas katil,katil kita akan mula berbunyi2
(sebab menampung berat berlebihan ye) gagaga :D

okeh,pada sesiapa yang ada masalah macam saya tu ~be happy ,
 bukan korang sahaja yang laluinya..saya juga begitu..waaa T.T


fatanahzakirah