follow follow

Sunday, October 16, 2011

untuk kamu:khairiyah huliana



dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
saya  mulakan entri kali ini dengan lebih tenang
setelah melalui minggu yang meletihkan pada minggu lepas
dan setelah berhadapan tentang sesuatu yang menaikkan amarah
sekarang merasa lebih tenang
lebih damai

dari kecil hidup saya sentiasa ditimpa ujian
agak menyedihkan bila kamu kata
saya ditimpa malang kerana menfitnah kamu
cuba kamu jawab,
apalah yang saya dapat kalau saya menfitnah kamu?
takkan ada sebarang kebaikan pun jika saya buat begitu

saya seorang anak bongsu
saya juga seorang wanita
saya seorang pendiam dan pemendam rasa
saya seorang yang mudah marah
saya bukan seorang pemaaf
saya seorang yang sangat ego
itu diri saya sebenarnya

yang mengubah saya adalah alan
tapi baran itu masih bersisa mungkin
sebab itu sengketa ini dibiarkan berpanjangan

dulu saya cukup menghormati kamu sebagai seorang kakak
kerana dengan kematangan yang kamu ada
saya rasa kamu adalah orangnya
yang dapat menjaga bekas teman lelaki saya dengan sebaiknya

dulu dia adalah orang yang saya sayang
sekarang juga begitu
tapi sayang saya pada dia hanya sebagai seorang kawan
hormatnya saya pada dia ibarat seorang abang
apa yang terjadi antara kami dulu takkan mungkin pernah berlaku lagi

demi Allah,
tiada langsung perasaan dengki dan iri hati dalam diri ini
saya selalu doakan kamu berdua
kerana saya juga dah bertemu dengan lelaki terbaik untuk saya

entah kenapa
sengketa ini terjadi
mungkin kerana baran saya masih ada
atau apa saja sebabnya
entahlah

bila ada kebencian dalam diri
hidup ini takkan bahagia
walaupun hidup saya dipenuhi cinta
tapi ketenangan itu tak hadir dalam dalam diri
mungkin juga kamu merasa benda yang sama

apabila hati ada benci
seolah-olah saya memberi kamu racun untuk diminum
dan saya yang akan mati

kali ini
saya merendahkan ego saya
bukan kerana sesiapa

maafkan saya dengan kata-kata kesat sebelum ini
maafkan saya dengan kebencian yang hadir dalam diri
maafkan saya dengan apa juga salah saya lakukan pada kamu berdua
saya mohon maaf seikhlas hati saya

lupakan yang dulu
saya ingin hidup sempurna tanpa sebarang dendam lagi
sengketa ini biarlah tamat sampai disini
semoga hidup kita lebih sempurna dan bahagia
saya juga sudah maafkan kamu

''Everyone makes mistakes. But what we have to do, is learn from them, 
forgive the people who hurt you, apologize to the people who you hurt, forget about them, and move on.''



:. untuk alan yang banyak menegur saya
' thanks for your advise..yet,ct betul-betul rasa tenang bila minta maaf..
ct pun nak jadi pemaaf macam lan yang tak pernah simpan dendam pada sesiapa..i wish to be like you sayang..=)'

Saturday, October 1, 2011

cerita sedih.

30hb september 2011

birthday ayah saya 29hb
dan saya lupa wish
ye,memang saya anak yang teruk
sampai ayah dah touching dan merajuk
tapi memang benar2 terlupa
what to do...

tapi petang tu jugak dapat balasan

hari jumaat memang kitorang budak rumah memang takde kelas
tapi ditakdirkan 4org kwn2 serumah saya ada lab petang tu pada pukul 2
dan saya pun br dapat tahu ada discssion dengan lecturer pukul 230 petang
saya keluar rumah pukul 215petang

habis discussion,saya pergi makan abc dengan incik bf~

balik rumah
pukul 536 petang,ditemani incik bf
sampai depan pintu
nampak pintu gril terbukak

dalam fikiran
''nape budak2 ni balik awal sgt?''

dan masa tu dah pk bukan2

ya allahhhh
laptop akuuu!

cepat2 masuk dalam rumah
pergi bilik kawan2
tgk laptop dorang yang diletak atas meja dorg sume lesap
laptop saya bawah katil?
turut lesap!

mengalir air mata sebab laptop tu akak bagi
henset yang akak bagi pun pencuri jahanam tu curik!


sob3..laknatlah ke atas pencuri itu
selagi tak dipulangkan barang kami
takkan halal dunia akhirat :'(