follow follow

Monday, December 6, 2010

convocation:)

ma housemates,ma besfrens,ma famili:)
hihi,salam..
skang ni aku masih lagi dok shah alam dan telahpun menyempurnakan istiadat convo aku 1hb disember yang lepas(lihat gamba poyo kami dia atas),huu,agak penat dan penat dan penat,tapi yang penting saya sudah ade diploma!oyeaahh!

me~kredit to effaniza ezani:)



class mate yang best2!

gengs n kak ayu cun~:D

dan sekarang ni aku sangat excited menunggu kelahiran anak sedara aku yang kedua  dalam minggu ni atau minggu depan..hik3,nanti insyaallah,lepas baby tu lahir,aku akan kongsikan gambar die at sini ek?

oh ye,gambar konvo aku dan bberapa orang classmate aku pun aku sertakan sekali disini untuk tatapan korang ye..hehe

fatanahzakirah

Monday, November 29, 2010

cuti semester dan perasaannya!

''tatkala kekasih tersenyum,hati ini berkata,
dialah lelaki itu,yang hanya membawa bahagia,
tatkala kekasih menangis berlinang air mata,
hati ini berkata,dialah lelaki itu yang harus aku jaga''


huhu,kita mulakan sesi penceritaan kita hari ne dengan quotes di atas,khas untuk yang tersayang..:)
jiwang skit okeh!


hehh,ye,ye..sekarang student2 uitm sedang hangat bercuti semester,ada yang kerja,ada yang balik kampung dan melipat gandakan berat badan mereka,ada yang sedang menanti untuk diijab kabulkan(ehem2--->dituju khas untuk pasangan classmate aku,esah dan yasir yang sedang menantikan hari bahagia mereka)..


hehe,bagaimana pulak aku?duit takde lagi la nak kawen,dan disebabkan itulah,incik love kita bekerja sambilan di restoran makanan segera,a&w di seremban..dan aku dah pun balik ke kampung minggu lepas,dan menjadi suri rumah sepenuh masa dan melepaskan gian aku nak tengok cerita2 feveret aku ~greys anatomy,csi,ghost whisperer,bones setiap hari smbil menanti kepulangan hubby dari tempat kerja(aku memang berbakat jadi suri rumah sepenuh masa,hihi)..


thee,arini kita just bercerita pasal cutiiii shaja,seronoknya bercuti dan menghabiskan waktu hanya untuk rehat,dan bila da keje nanti,susah da nak dapat kesempatan macam ni..dan pada waktu ni lah aku rasa bersyukur sangat menjadi seorang pelajar,kalo dulu asyik tergila-gila nak kje je sebab pkir dpat duit aje,bila lagi nak cuti lame2 camni ye tak? 


hah!minggu depan mungkin aku akan mengusha-usha result final exam aku hari tu,agak takut ketika ini sebab ini 1st sem degree,mungkin pemarkahan jauh berbeza dengan diploma nanti,dan aku jugak dah pun sampai ke shah alam semula untuk menantikan tarikh 1hb disember untuk convo aku sempena tamatnya diploma aku haritu..ish,perasaan sumenye ade,takut,malas,sejuk(sebab hujan) dan rindu untuk bertemu my alan nanti..hehehhe,dan aku nak wish kat korang sume,lets have fun with d holiday ye!:)


fatanahzakirah~

Wednesday, November 3, 2010

kenapa saya perlu awak..

bila ada orang tertanya-tanya,ape sebenarnya yang buat saya pilih awak bukan orang lain,kenapa saya takkan boleh tinggal awak untuk pergi pada orang lain,apa yang buatkan awak sangat bernilai di mata saya,awak bukanlah seorang terlalu kacak bak farid kamil,atau secomel justien bieber(bebeh) yang digilai ramai perempuan2 skang ni,atau awak bukanlah se alim Rasul Iman dlm cerita Chinta yg sedang hot di tv3 pukul 6.30 petang tu..tapi apa yang saya tahu,

1.bila saya gembira,saya akan membebel-bebel pada awak,dan saya akan bersungguh2 bercerita tentang apa yang buat saya gembira tu  pada awak,dan awak akan tumpang menyampuk sekali,walau awak bukan paham sangat cerita saya tu...

2.bila saya tak dapat apa yang saya nak,awak takkan dapatkan benda itu untuk saya,tapi awak akan gantikan dengan perkara yang lebih baik,dan buat saya lupa tentang kehendak saya itu..

3.bila saya perlukan awak,biarpun awak penat study,awak tengah syok lepak dengan kawan2,atau awak tengah makan,tapi awak akan layan saya bersungguh2,seolah2 awak tgh takde keje..biarpun awak bizi sgt waktu tu..

4.bila saya rase nak marah2,saya bagitahu awak..dan awak akan buat lawak,smpai saya tergelak2 dan terus lupa tentang kemarahan sy tu..

5.bila saya kata saya rindu sebab kita dok berjauhan,awak sanggup datang dari p.pinang ke shah alam dengan naik motor kesayangan awak tu,dan bila awak smpai,awak masih boleh tersenyum depan saya..awak tak tunjukkan penat awak,padahal penat awak tu hanya Tuhan saja yang tahu..

6.bila saya merajuk dan hilang mood,awak takkan lena tidur,dan sepanjang malam awak akan temani sy,mesej saya tanpa henti..

7.bila saya takde duit,awak tak bagi duit tu untuk ringankan beban saya sebab awak pun takde duit,tapi awak akan paksa saya berjimat..dan awak akan pastikan saya hanya beli apa yg saya perlu,bukan apa yang sy nak...

8.bila saya tak tahu surah2 dalam al-quran,awak akan cuba temani saya hafal surah2 tu bersama2..awak akan dgr sy hafal surah tu berkali2 tanpa boring..

9.bila saya ade test/paper dan saya takde mood nak study,awak akan teman saya study..saya akan bercerita tentang subjek yang saya kne hafal tu,dan awak akan dengar smbil menyampuk,walau awak tak tahu sepatah haram pun ape yang sy cakap,sebab awak budak engineering,saya budak sains..

10.awak tegur saya dengan lembut dan buat saya tak terasa hati dengan teguran awak..bukan macam orang lain tegur..selama ni tak pernah awak tinggikan suara awak pada saya..

walaupun awak ada kelemahan,tapi sy tahu awak pun manusia biasa,bukannya Tuhan,sebab tu saya boleh terima kekurangan awak,sama macam awk terima kekurangan saya..saya tak perlukan lelaki hensem yang amat dalam hidup sy,saya tak perlukan lelaki yang alim,berjubah dan bersongkok..saya cuma perlu awak..hnya awk..sayang saya..~

fatanahzakirah

Sunday, October 10, 2010

lelaki VS perempuan

mitos:jika kita saling menyayangi tidak ada masalah yang tidak boleh diatasi''
fakta:terlalu menyayangi boleh timbul banyak masalah lain...''

hoho,post ni aku mulakan dgn statement diatas yang aku petik dari salah satu buku feveret aku, 'kenapa lelaki menipu' by adi alhadi.buku ni aku beli bila kali pertama aku clash dulu,dan masa tu aku nak sgt tahu apelah sbnarnye lelaki-lelaki ni nakdari perhubungan dgn perempuan(err,bukan hubungan cHenta antara lelaki dgn lelaki okei.hhihi.)..yup,dulu aku cume pikir,~oh,love is just a feeling,not bout other thing daa..tapi itu adalah salah sama sekali!

bagi lelaki,soal curang2 ni sebenarnye biase je,dan akhirnye kesalahan puncanya jadi kecurangan tu akan berbalik pada perempuan,..kesian kita jadi perempuan kan?kan?kat umah terpaksa tolong2 mak(itu bukan terpaksa~itulah tanggungjawab),kalo yg ade adik beradik perempuan yg sikit tu mmg lagilaa sksa..waa,sume keje kne wat..opst,berbalik kpda hubungan lelaki2 dgn perempuan2,dan sebab2 berlakunya Kecurangan 


3 cara utama boleh kita lakukan untuk elakkan kecurangan terjadi:

kenali pasangan kita
erm,benda ni adalah bnde yg paling mengelirukan dalam perhubungan..org kdg2 salah anggap antara 'kenal' dan 'kenali' tu banyak bezanya..mengenali tu lebih kpada memahami pasangan kita secara menyeluruh,,tahu ape yg die suka,tahu ape yg die tak suka,tahu semua kgemaran die,tahu semua kelemahan dia dan kita yang akan bimbing die,itu tanggungjawab kita dlm perhubungan..hubungan tu bukan hanya tntang kita,tapi jugak tntang die..barulah sma2 bahagia:)

rasional
macam yang kita tahu,sifat keterbukaan dlm hubungn ni akan semakin pudar bila semakin lama hubungan tu berlangsung.dan bila tu berlaku,peluang untuk kecurangan terjadi tu akan semakin dan semakin cerah..nak ke kita sume bnda tu terjadi?jadi,be rasioanal means kita tahu bila masanya untuk kita bersikap terbuka,menjadi pendengar setia tntang sume masalah yg die nak kongsikan,JANGAN TERLALU MEMAKSA,biarkan segalanya bergerak secara natural tanpa perlu terlalu mendesak pasangan kita..

jadikan dia sahabat
hah,yang ni yang paling penting dalam perhubungan..igt,kita mulakan perhubungan yang serius bukan untuk sekejap masa,tapi untuk sampai masa yng paling maximum..jadi,bila kita jadikan pasangan kita tu sbgai kawan*bukan hanya sebagai pasangan semata2,maka PERKONGSIAN akan terjadi dgn sendiri,sama macam kita dgn kawan2 kite ye tak?bila kita berkongsi segala macam bnde,cthnye masalah2 dan sebagainya,hubungan kita dgn die akan semakin rapat,jadi kecurangan tu akan tidak berpeluang berlaku..


tips2 tu smua aku sbenarnye dri pengalaman2 sndiri,thanx to my ex for make me as i am today~

~fatanahzakirah

Friday, October 1, 2010

faizal tahir~hanyut

huhu,suke sgt dgr lagu faizal tahir ni,sume lagu die besh2 maa..hihi,jum layan je okeh?




Lirik Lagu Hanyut - Faizal Tahir


Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku


Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua


Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa


Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja


Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku


Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu


Repeat Chorus


Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka


Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut


Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja


Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Tuesday, September 28, 2010

Dilema perempuan P.E.N.D.E.K (^^,)

Alhamdulillah,setelah pulang cuti hari raya 3 minggu lepas,kehidupan aku sebagai seorang student sgaatt lah bz(seperti bese,test2,assgnment,lab report,bla bla bla)..smpaikan tak sempat nak update blog ni,huhu,ape2pon tak terlambat lagi rasanya aku nak ucap:

'Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin kat semua yang kenal diri ni..thee

update terbaru aku selepas raya aritu,bila mana hari sabtu lepas aku pegi jauh nun ke Pahang,area Pekan,untuk majlis pertunangan abang aku yang kedua.Bila dah ke rumah sedara mara yang jarang-jarang jumpa,mereka akan tanya,

''ni adik ni sekolah lagi ke?tingkatan berapa ye?'',''umo bape dah?''..

hmm,itu adalah soalan-soalan common yang orang akan tanya bila pertama kali jumpe aku atau dah lame sgt tak jumpe aku smpaikan tak hingat da umo aku ni.grr,gram ade,nak gigit2 orang yang menanye pon ade..aku dengan tersipu2 akan menjawab,

''da masuk 'U' da makcik..hehe''(dalam hati memang da panasss je rase kan,..huhu,tapi muke tu cool aje..;D

adakah korang pernah merasa pengalaman yang serupa?kalo ye,sahlah!anda juga AWET MUDA seperti saye!hihi,dalam hidup ni,kite kena pk positip,btol tak?mungkin bile orang 'observe' kite ni lagi muda dari umo kite yg sebenar,mknenye kite ni patot bersyukur dikurniakan wajah,tubuh badan yang tiada cacat celanya,malahan awet muda juga,itu yang patot kite take note.


huhu,skang ni,aku cube untuk me'make up' dr aku sebaik mungkin untuk elakkkan pertanyaan-pertanyaan tersebut berulang-berulang lagi..tapi bila dah aku stat make up2 ,makcik2 aku pulak dok tanye..

''adik bile plak nak berTUNANG ikut abang ngah tu?''erk,untuk jawapan tu,korang jawablah sendiri yeap. haha

p/s:jawapan untuk soal jodoh tu terpulang pada takdir..hrp2nye budak alan tu cepat2 carik keje sket ye!

fatanahzakirah~

Thursday, August 26, 2010

kita patut bersyukur jika kita buat SILAP..

salam ramadhan sume..=)

huu,da masuk hari ke 17 kita berpuasa,haa,ade sape2 ponteng ke tidak ne ye?hehe,kalo bagi girls tu tak kisah la kan,tapi kalo GUYS yang ponteng.....hm,memang takleh wat laki ah kalo gitu..hihi

okeylah,semalam adalah hari yang best dan tenang dalam hidup aku selepas TEST(beselaa student kan,ape lagi yang kami tahu buat selain bertemu dengan mr test)..huhu,dalam keadaan yang dah longlai tu,aku sempat gak mgajar budak2 darjah 4 tu tuesyen kejap,pastu aku terus bergayut sakan ngan my mr alan..hehe,seminggu skali je kot dapat luang masa nak berbual2 panjang..thee


Nak dijadikan ceritanya,1 topik perbualan kami yang aku nak kongsikan kat sini adalah:.
"kita patut bersyukur jika kita pernah buat silap dalam hidup kita.''


hah?nape plak gitu kan?ni macam menipu je ini punye statement......
haihh, sebenarnya konsep nye tersangatlah senang nak difahami..kita perasan tak yang kita ni salu buat silap?kalo korang rase korang dah cukup perfect pun,korang yakin 100% ke yang korang tak pernah sekali2 buat silap dalam hidup korang?hm,fikirkan sekejap!....

inilah yang aku dok bincangkan dengan mr alan semalam..sebab kami bercerita ke masa lampau kami,dan kami macam agak menyesali sikap,perangai kami dulu..ya Allah,bila difikirkan balik,aku memang sangat teruk kut zaman2 dulu,sebab tu sume orang tak suke aku,sebab tu pakwe aku tinggalkan aku,sebab tu hidup aku tak pernah tenang dulu..ya Allah,ape sudah aku buat dulu......

tapi aku amek benda tu sebagai pegangan aku untuk berubah..untuk kembali ke masa lampau,itu sngat2 MUSTAHIL,tapi yang aku boleh buat adalah,berubah,berubah,dan berubah..hm,

''kalo kita tak pernah sedar kite ni buat silap,makanye kite takkan tahu bila masenye untuk kite berubah,iaitu berubah ke arah yang lebih baik..''

secara logik akalnye macam tulah..sebab tu kita patut bersyukur bila kita ni buat silap,sebab kite ne sume manusia bese,TAKKAN lari dari buat silap..tapi kita gunakan kesilapan kita tu sebagai pengajaran supaya kite takkan ulangi kesilapan itu lagi..semudah itukan?tapi..

nak berubah ni bukanlah sesenang itu..BERUBAH ni banyak cabarannya,kita perlu akui,untuk ubah perspektif negatif orang pada kite ni, AMAT PAYAH..same jugak untuk kite tinggalkan tabiat2 buruk kita yang memang dah sebati dalam diri ni..ya Allah,susah sgt2 nak buang,nak tak nak,kite boleh buang 99% je,1% perangai silam kita tu akan ada..tapi itulah nilai yang perlu kita tanggung..tapi jangan pulak 1% yang tinggal tu buat kite kembali ke perangai lame pulak ye..kalo tak,no point lah kite berubah,ye dak?

1 lagi,kita ni perlu ambik masa jugak untuk berubah tu..kalo berubah mendadak sangat,nanti cepatlah jugak kita akan kembali ke perangai asal..jadi,untuk berubah secara total dan tidak kembali menjadi seperti masa silam kita tu,kita kena ambik masa dan hayati perubahan yang kita alami ni,sedikit demi sedikit..insyaAllah,tuhan pun akan pelihara dan teguhkan hati kita,yang penting niat kita hanya kita dan tuhan sahaja yang tahu..

jadi,bila kita dah paham konsep ni,baru kita tahu,betapa bernilainya 1 kesilapan untuk kita menjadi manusia yang lebih baik dari yang sebelumnya..same2 kita fikirkan..:)
fatanahzakirah~

Saturday, August 21, 2010

pengalaman baru di bulan Ramadhan


salam ramadhan untuk semua :)
huu,rasenye baru semalam kita semua umat islam ni mula berpuasa,tup tupp dah masuk hari ke 11 sudahh,terlalu cepat masa berlalu smpaikan kita tak sedar yang kite sudah menghampiri ke pertengahan bulan Ramadhan..selama 11 hari ni jugaklah,bermacam-macam ragam dan bermacam-macam pengalaman baru yang kite semua timba..sama jugak seperti aku..huu:)


~pengalaman-pengalaman yang aku timba selama sebelas hari berpuasa~

Pengalaman pertama masak bersama dan berbuka di rumah sendiri
Masa hari pertama puasa,geng kondo rumah setinggan kami beria-ia nak masak..maklumlah,ni adalah 1st kami selama jadik student uitm ni,ni laa kali pertama kami dpat pengalaman baru masak di rumah sendiri..sebelum ni kalo dok kolej,kami cume beli di bazar2 je..huhu,bile dah masak tu,pham2lah,bagaimana kalutnye nak masak bila balik kelas tu,.disebabkan hari pertama puasa ni jatuh pada hari Rabu,so yang TERPAKSA masak tu jatuh kepada SHY~ dan SYANA~.tapi disebabkan ke'excited'an kami menyambut bulan puasa ni,so ILA dan GHA~ pun turut serta untuk tolong dorang masak untuk bersahur dan berbuka(dan aku tak turut serta tolong2 dorang sebab memang aku memang sangat M.A.L.A.S masak!hehe)

pengalaman AKU masak sendiri!
hik3,saye msak,masak untuk budak2 rumah sayee..dan mereka terpaksa menerima yang saye memang ske MasiN!sebab itu makanan yang saye masak itu masin..kikiki,dorang ckp pedas2 tu da ok,sume da cukup,tap masin sikiitt je(tapi saye tak rase masin pun sbb saye memang pemasin;) )

Fakta:.resepi2 aku masak untuk dorang tu,aku amek dari kakak aku daa..huhu


Pengalaman berbuka di Masjid Negeri Shah Alam

masjid Shah Alam tersergam indah~
bila hujung minggu,kami try2 la nak g usha untuk berbuka di masjid Negeri Shah Alam(alang-alang nak makan free tu,ingat nak g smayang trawih kat sana terus:) ,tapi apekan dayee,bukan rezeki kami hari tu,kami sampai tepat2 time azan maghrib,dan mereka telah KEHABISAN MAKANAN..waa,memang siyes kebulur kami bile tgk mak cik2,pakcik2 dan family2 mereka berbuka tyme tu..huu,tapi kami sempat gak 'curik' bubur lambuk yang orang tak amik lagi tu sbgai alas perut sebelum kami g berbuka kat tempat len..alang2 dok di masjid tu,kami sempat gak g semayang maghrib di situ dulu sbelum ke destinasi yang seterusnya iaitu -MAKAN!!:O


Fakta:. hari tu kami berbuka pada pukul 9 malam ye,mekacih..


Semayang terawih berjemaah di rumah
kami adalah student UiTM,jadi kami memang tersangatlahhh banyak benda yang nak dibuat(lab report,assignment2,Test2 dan Quiz),jadi kami memang tak berkesempatan nak g semayang terawih di masjid,huu..Uitm dihatikuuu


lalala..lalala..lalalala..~~lala
di rumah sewa kami,Gha selaku orang yang dulunye sekolah agama,bertindak ajar kami macamana nak solat berjemaah sesama perempuan ni,die jugak yang ajar kami jadi imam solat dan die jugak bertindak jadi ustazah mengaji kat rumah ni..pengalaman yang SGT best!hee,tapi aku sekali pun tak pernah ag jadik imam,sebab rase macam tak cukup lagi ilmu di dada ni..takpe2,sekurang2nya aku cube belajar kan,kan?..


Pengalaman untuk berbuka di Pusat Sukan UiTM Shah Alam

pada hari rabu yang lepas,kami skali lagi pegilah jugak nak usha tempat makan freeee yang len(hik3,duit ptptpu tak msuk ag kann),dan ustaz CTU kitorang cadangkan kami g kat Pusat Sukan Uitm(tempat yang jadik tempat solat sementara Pusat Islam di 'renovate' hari tu),so hari rabu tu,disebabkan kelas kami memang abis ngam2 nak dekat pukul 7,kami pun terus g sane..ape jadi?Alhamdulillah,memang rezeki kami hari tu,kami dapat makanan yang enak,lagi sodapp disitu..bubur lambuk dan kurma dijadikan alas perut,pastu kami bersembahyang magrib berjemaah,dan kami terus dibagi makan yang lebih berat iaitu nasik berlauk..huhu


Fakta:.kami pergi kesana setiap hari bermula rabu hari tu ye,mekacihh :D


hehe,cukuplah pengalaman2 yang kami timba sepanjang sebelas hari berpuasa tu,tapi ingat ye,bulan puasa ni bukan sekadar nak cari lauk2 untuk berbuka,bukan juga untuk cari baju raya semata-mata,tapi masa bulan ni lah,kita cuba untuk tingkatkan juga santapan rohani dalam diri kita,peluang untuk kita dekatkan diri pada yang Esa begitu luas..masyaAllah..~



-fatanahzakirah- 

Tuesday, August 17, 2010

Umi saya dan GouT..

salam..hmm,dengan perasaan yang risau2 ni,aku sempat jugak nak berkongsi tentang ape yang jadi kat umi aku sekarang ni.huu,tak tahu nak buat ape,rase nak sangat2 balik rumah hujung minggu ni,tapi dengan kerja yang memang tak siap2 tak memungkinkan aku untuk balik jenguk umi.:(



ceritanya begini,2 hari lepas,aku dapat berita yang umi sakit kaki.dan jiran kami dah bawakan umi ke hospital,dan doktor sahkan umi diserang GOUT.sebab tu aku search dalam 2 web yang berbeza untuk dapatkan lebih info tentang penyakit ni,dan insyaAllah,mari kita kongsikan bersame.manelah tahu info ni boleh kita praktikkan pada diri sendiri dan orang terdekat kite kan?:)


Ape itu GOUT?
Gout is condition that results from crystals of uric acid depositing in tissues of the body. Gout is characterized by an overload of uric acid in the body and recurring attacks of joint inflammation (arthritis). Uric acid is a breakdown product of purines that are part of many foods we eat. An abnormality in handling uric acid can cause attacks of painful arthritis (gout attack), kidney stones, and blockage of the kidney filtering tubules with uric acid crystals, leading to kidney failure. Gout has the unique distinction of being one of the most frequently recorded medical illnesses throughout history.blaa,blaa,bla..(jenuh nak meng 'translate'kan ayat neh..huu,macam belajar subjek food lee pulak..hihi 



Senang cite macam ni laa,
Gout ni boleh ditakrifkan sebagai sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
• Pada keadaan yang normal,badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urine).
• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi dan menyebabkan merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.










Siapa yang berisiko?
lelaki lebih berisiko menghidapipenyakit ini 9 kali dari wanita.
Terutamanya lelaki berusia lewat 75 dan bagi wanita pula,selepas monopause.

Risiko untuk diwarisi oleh anak-anak mereka yang menghidap penyakit adalah 20% lebih tinggi daripada orang lain.

Risiko juga lebih tertumpu kepada mereka yang mempunyai obesiti,darah tinggi,penggunaan alkohol yang tinggi,hiperlipidemia,dan diabetes



Bagaimana Gout didignosis?
melalui pengambilan cecair daripada pesakit untuk dibuat ujian makmal
tentang kehadiran kristal uric acid and jangkitan dalam cecair tersebut.
 
                    image kristal uric acid di bawah miskroskop



Rawatan ketika serangan GOUT
• Rehatkan sendi semasa serangan gout.
• Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
• Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
• Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak
boleh diambil berpanjangan.
• Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal,penyakit ini tidak akan melarat


Pencegahan
• Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
• Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
• Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
• Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
• Minum banyak air



Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.--means Umi kena pantang makan!
ELAKKAN MAKAN



• Organ dalaman seperti hati, paru-paru,ginjal dan otak
• Ikan bilis, kembung, sardin
• Daging cincang
• Ekstrak daging, ragi, dan kiub rebusan daging
• Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang



KURANGKAN MAKAN
• Asparagus, bunga kobis,cendawan dan bayam
• Peanuts, lentil, beans dan peas
• Poultry
• Roti jagung dan bijirin


lebih maklumat:



 disini ;http://www.emedicinehealth.com/slideshow_gout_pictures/article_em.htm
         -&http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Gout.pdf


hmm,marilah kita sama2 doakan umi aku sihat dan kembali pulih macam dulu..risau ni,dahlah dia dok sorang2..isk,sayang umi..


fatanahzakirah

Sunday, August 8, 2010

''eh,teruknya orang tu'', ''apelah orang tu''

salam semua..:)
selamat petang!arini dengan cuaca yang agak baik dan tenang di bandar shah alam ni,buatkan aku ade mud untuk tekan-tekan laptop ni,untuk bercerita tentang tajuk kat atas..

hmm,mesti korang pun pernah ATAU selalu lakukan umpatan atau hinaan kepada orang lain secara belakang-belakang..haa,terutamanya perempuan,tapi lelaki pun ape kurangnya dalam soal umpat mengumpat ni..macam aku sendiri,tak lari dari perangai buruk tu..tapi disebabkan aku ni pendiam,aku kadang-kadang terrr umpat orang lain dalam hati je..tapi tu pun berdosa okei!

jadi ape kaitannye tajuk ni dengan diri kita pulak ye?

sebenarnya aku nak berkongsi tentang ape yang dikatakan oleh lecterur subjek phylosophy of science(falsafah sains),madam nurul..dalam kelas die,aku memang takkan boleh tido walaupun mengantuk macam mane sekalipun sebab apa yang diperkatakan tu adalah untuk kami semua berfikir..memang kadang-kadang otak rase penat je bile abes kelas die tu,huhu..okey2,berbalik pada topik tadi,madam nurul cerita tentang 'gelap hati' atau 'cerah hati'..im sure sume orang tahu dan pernah dengar akan perkataan tu kan?madam nurul cerita pasal kawan dia yang tidak bertudung,pakai pakaian yang bukannlah muslimah sangat pun,tapi Tuhan anugerahkan die satu perjalanan hidup yang lancar dan tenang je tanpa ade masalah..bila bab belajar pun,die takdelah belajar sangat pun,tapi die dapat result yang lagi tinggi dari orang lain..madam nurul kata,itu bukan disebabkan genius atau tidak,kerana OTAK semua orang sama,kepandaian semua orang sama..tapi kenapa kawan madam tu cerah sangat hatinya dalam nenuntut ilmu dan bagaimana flow hidup die lancar dan tenang?MasyaAllah,semua orang mengimpikan hidup yang sebegitu..

Rahsianya mudah:kawan madam nurul tu tidak pernah pedulikan orang lain-means bukannya tak berkawan dengan orang lain atau menyendiri,tapi sepanjang hampir 15tahun madam berkawan dengan kawannya itu,sangat JARANG untuk die dengar kawan die bercakap buruk2 tentang orang lain..:)bagi kita,itu agak mustahil sebab kita akan secara spontan kutuk orang itu dan ini tanpa kita sedar kelemahan diri kita pun tak tertanggung,nak pulak kita peduli pasal hidup orang lain kan?mungkin inilah yang dikaitkan dengan 'gelap hati' dan 'cerah hati' itu tadi..

jika orang tu tak cantik,itu bukan kehendak orang tu sendiri,begitu juga jika orang tu ada kelemahan-kelemahan lain,ingatlah die itu manusia..takkan lari dari kelemahahan,kenape perlu dicaci?dihina?betul tak?semua orang nak jadi sempurna,nak jadi cantik,nak jadi bijak,nak jadi yang terbaik kalau boleh,tapi konsep TAKDIR TUHAN tu dah jadikan seseorang itu tidak sempurna,jadi jika orang tu kita lihat tidak sempurna,dan kita mengata-ngata dia,siapa sebenarnya kita salahkan?adakah kita salahkan takdir itu sendiri?tepuk dada,tanya hati kita sendiri..

jadi,jom,kita sama-sama berubah untuk menjadi yang lebih baik,hentikan perlahan-lahan sikap suka mengata dan mengumpat orang lain..berikut adalah tip-tips untuk kita sentiasa berbaik sangka sesama kita,nasihat ini adalah dari ulamak terkemuka,Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.

-fatanahzakirah-

Thursday, May 27, 2010

Aku menjadi DOKTOR pakar C.I.N.T.A~~

ehem2,salam..aloha=)
huhuu,hari ni aku berada dalam mud yang agak baik..uhuhu,
haa,msti plik je tjok tu ep?ceritanya begini..sepanjang hidup aku ni,aku akan jadi tumpuan oleh kawan2 aku yang ade problem dalam love or relationship,kiranya aku ni agak handal le bagi nasihat dan dorongan kat orang ne,dan terlalu banyak kisah yang aku nak kongsikan disini..jum2,kita follow setiap satu ye..p/s:name character dalam setiap kisah melalui pengalaman aku bersama kawan2 ni,aku terpaksa rahsiakan..maklumlah,kita nak ambik pedoman je dr kisah2 ni,bukan untuk menjatuhkan sesiapa..=)

KISAH 1:problem seorang lelaki dan seorang perempuan untuk berterus terang dalam menyatakan perasaan...

yup,ini terjadi pada kawan aku,mari aku namakan die sebagai nina dan lelaki yang berkawan rapat dengan dia tu namanya sham~..Nina da lame berkenalan dgn sham ni,tapi kenal melalui kawan2 kepada sham laa kan..(means:kwan sham adalah kwan nina)
nak dijadikan cerita,nina dok bermesej,dok bergayut sakan setiap hari dengan sham ni,die dpt rase 1 perasaan..(err,ni masuk ayat jiwang da neh..ekeke)..nina pun dapat rase perasaan sham tu sma mcm dia,tapi die masih ragu2..(beselaa,bagi si sham dan nina ni,mereka takut mereka slah anggap akan perasaan masing2)..dan disebabkan perasaan ragu2 itu,mereka pun makin renggang,ditambah pulak kawan mereka yang memperkenalkan mereka sebelum ni buat hal laa pulak,sebab cemburu.hhuhu,mcm2 betul perangai orang zaman sekarang ne eh..

SOLUTIONNYE..:si nina ni bagitahu aku..ahaha,ape ag,aku ni mmg agak pakar(tambah suke menyibuk bab2 hal chenta org len ne),aku mintak no phone si lelaki itu..(opst,bkn untuk mengorat si sham tu ye,tak kuase aku tao!=P )..

mula2 aku mesej sham,aku boley plak wat knon2 salah nombor,,ekeke,klakar gle bile si sham tu LANGSUNG tidak tahu sape aku sbnrnye..usha punye usha punye usha..akhirnye si sham ni(tanpa tahu siapa aku aka ak ni bestfren kpd nina ne),die pun cerita laa knonnye die mmg rapat dgn sorg pmpuan(pmpuan itu adalah nina~nasib baik die tak ckp pmpuan len,kalo tak....KANTOI beb)..

okey2,die pon ape ag,bcerita laa pasl kebaikan,ke'cun'an nina ne kat aku..dan dia nyatakan sifat ragu2 tu pada aku..katanya,die dpt rase nina tu ada feel pada die,tp die tak pasti sebab dah kwn die tu buat cerita yang knonnye nina ni xde feel kat sham ni,n aggp sham ni sbgai kawn biasa..hmm,aku pun bagi panduan pada sham untuk ikut steps ni:

1.mesej si nina tu malam tu jugak..
2.nyatakan perasaan die pada nina tanpa ragu2 lagi
3.bersedia mental dan fizikal untuk terima apa sje reaksi nina(sbb nina mgkin akan terima atau menolak,2 bnda yang common dalam berterus terang ne..)

tapi kesudahannya:
hubungan mereka bermula apabila nina terima sham dan mereka kekal hingga ke hari ini..;)

KISAH 2:seorang lelaki yang tidak percaya pada gf nye..

ahha,ne bile ada kwan lelaki aku,i name him as man..die da ade awek..dan satu hari tu,awek die bercerita pasal hher ex bf dlu pada si man ne..ape ag,merajuk laa si man ne,sbb die anggap gf die tu masih ade feel pada her bf tu..haihh,lepas tu si man plak kata,bila die cerita pasak ex gf kat gf die,gf die akan melenting..hmm..mereka berdua ni pulak sbnrnye dalam perhubungan jarak jauh(PJJ)..lagilaa problem kan..

SOLUTIONNYE:

dalam setiap hubungan ni,perlu ade KEPERCAYAAN..itu satu konsep yang paling penting dalam hubungan tu,sebab tanpa kepercayaan..pasangan tu takkan kekal,kalo kekal pun,akan selalu timbul perbalahan dan sengketa..

dalam kes ni,kedua2nya bersalah dan perlu perbetulkan diri..
si lelaki:

1)perlu lebih percayakan gf die
2)jangan cepat melenting dan anggap yang bukan2 pada gf die bila gf die bercerita pasal her ex..kerana~gf dia tu ade knangan bersama her ex bf dulu,dan kenangan tu takkan dapat dihapuskan walaupun die nak..so,perempuan ni sebenarnya akan sentiasa teringatkan kenangan2 tersebut,sebab itu si lelaki perlu lebih terbuka sekiranya gf die bercerita,sebab mgkin gf die nak nyatakan sesuatu tapi dengan cara bercerita pasal her ex,untuk kasi si lelaki ni paham,mgkin die nakkan layanan yang lebih baik@nakkan si lelaki ni buat sesuatu dalam hubungan ni,LEBIH dari her ex dulu pernah buat untuk die dulu..so lelaki~think POSITIVE!!

si gf pulak:
1)bercerita pada bf sdiri sbenarnya amat digalakkan,sbb dah sejak azali lagi perempuan memang dilahirkan untuk bercakap,bercakap,dan bercakap..tapi bercerita tu,kita kne ambil jgak posisi si lelaki tu,supaya kita tahu LIMIT die untuk bercerita pasal ex bf ke,bla bla bla..so,be carefull tw!
2)si gf pn kne juga bersikap adil,jangan laa bila bf cerita pasal his gf,kita plak marah2,tapi bila kita bercerita?kite pun kne bagi lelaki let it out tentang knangan die,yang tu tak perlu dihalang..tapi,diingatkan~si lelaki juga perlu tahu LIMIT untuk bercerita tu,jangan sampai lebih2 lak bercerita sampai si dia merajuk tak berkesudahan=)

ohh,sbnarnya banyak lagi aku nak kongsi di sini kisah2 menarik,nanti kita sambung lagi di babak kedua nanti ye;P

Monday, May 24, 2010

pulau redang~REDANG LAGOON

salam..aloha=)

huhu,alhamdulillah,akhirnya aku dah selamat sampai dari bercuti di pulau redang hari tu..biaselah,tyme2 panas gini,seronok rasanya bila pergi bercuti di pulau..aku pergi dengan my sis bersama kawan die,miss eny;)
perjalanan kami bermula bila jadual feri kami sampai pada pukul9 pagi kat syahbandar,kuala terengganu..disebabkan itu jugaklah,kami terpaksa turun sangat awal dari rumah(sebab rumah kami dari jeti syahbandar tu mengambil masa 2 jam lebih)..

Setibanya kami di sana,ape lagi,aku da start pening2 la sebab aku ni memang MABUK KENDERAAN..ushh,sgt pening,nasib baik tak muntah atas feri tuh..haha
then,kami pun pergi laa cari chalet kami,iaitu REDANG LAGOON..huhu,chalet tu dok hujung2 sikit,tapi betul2 dekat dengan laut,so memang takde masalah langsung lah nak mandi manda kat sane..lepas siap check in di kaunter tu,kami dibawa oleh pekerja2 kat situ ke bilik kami,104..sambil2 tu,dorang boleh lak cakap KAY ELL ngn kitorang,tapi bila kami ckp kami dr kelantan,ape ag..dorg pon tros ckp ganu le..haha,mereka sangat friendly dan suke bercerita..disebabkan kami ni bertiga,pastu perempuan semuanya,dorang tu memang jaga kitorang laa kan..ekeke

petang tu,kami pergi snorkeling~naik bot yang memeningkan!huhu,da la aku pun pening2 lalat ag masa naik feri tuh,haihh..;P
sampai2 kat tengah laut,adelaaa abg yang sgt baikk tu tanya sama ada aku ni pandai berenang ke tak,ape ag,ak mcm xde lah pndai sgt..so abg tu offer diri untuk guide aku dan sorang amoi tu bsame2=),kakak aku dan kawan die tu berenang bsame2 di area len..yang besnye,abg yang jdik guide aku tu bwk pergi pusing2 sekeliling area tgh laut tu,die tunjukkan mcm2 yg best dan abg tu byk gak berbual2 ngn aku dan amoi tu,lebih kurang sejam lepas tu,kami pun balik..huhu,smpai2 kat chalet,aku lepak2 kat atas buaian tu bsme2 kakak n mis eny,smbil berbual2 dengan beach boy2 di sana..erk,smbil main2 pasangan kera yang sangat sporting~JOKO dan BELLA..haha

malam tu takde la wat ape2 aktiviti sgt,tp kami dibawa oleh guide kami tengok pasir biru aka blue sand..bertuah gak laa malam tu kami dpt g jalan2 sekeliling pulau tu,smpai kat chalet tu,kami melepak2 lagi smbil dengar orang men gitar..sangat besh!

HARI KEDUA

keesokkan harinya,pagi tu kami tak g breakfast pun sbb malas+penat,then kami pun g snorkeling di marine park..kakak aku siap g sewa kamera yang bole bwk masuk air ag tw..selepas penat berpusing2 di marine park tuh,kami balik ke chalet dan makan2,smbil melepak2 lagi..huhu,petang tu kami g snorkeling lagi untuk yang terakhir kalinya,dan masa ni aku sangat tensen!sebab aku pening,dan da hilang mud untuk mandi laut..hampir muntah!waa,nasib baik aku sempat tahan sampai ke darat..balik tu rehat2 bwah pokok kelapa tuh,sejam pastu kami smbg snorkeling lagi(maklumlah..hari last kan..uhuhu)..

akak aku dibawa pusing pulau,aku plak lepas tgk baby shark tu,aku trus nak naik,sbb da pening sgt dan aku amek angin ats bukit tuh dgn guide aku,masa tu da kurang laa sket pening tu kan..huhu,mis eny lak berenang2 lagi(suke betul die berenang ek)haha

malam tu kami g blanje abg2 guide tu minum sb dorg da byk sgt berjasa kat kitorang sepanjang hari tu,lepas tu kami naik atas bukit yang lain tu untuk amek angin,dan bergambar,pastu kami pergi OPEN DISKO???(erk...jangan salah paham..kami tengok je GUIDE2 kami tu menari yee,smbil kami duk kat kerusi kat luar tu melayan lagu..huhu)
balik je chalet,kami sekali lagi melepak di buaian tu smpai ke tgh malam,dan akhirnya kami pun balik ke bilik untuk simpan2 barang untuk balik keesokkan harinya..=P

pulau redang ni memang sangat best~enjoy la sape2 yang berminat nak pergi tu ye;)

Wednesday, May 12, 2010

semua manusia HIPOKRIT..~

salam..aloha;D


ahhaa..petang ni pada cuaca yang agak panas ne..(mmg SANGAT PANAS!),aku pun mendapat 1 topik di sini..huhu,untuk merungkai 1 persoalan''benarkan semua manusia itu hipokrit?''


Difinisi Hipokrit itu sendiri:boleh ditakrifkan sebagai 1 perbuatan yang munafik dan berpura-pura.bagi pendapat aku sendiri,ya,aku sangat bersetuju dengan statement tersebut.


kita sebagai manusia ni,ingin dilihat BAIK,TERBAIK,JUJUR,IKHLAS di mata orang lain..ye lah,sape yang nak org lain aggap kita ni jahat,betul tak?tapi hipokrit ni juga bergantung pada niat juga sebenarnya.sebab sifat ni terbahagi kepada 2 kategori pulak,iaitu:


positif dan negative side..


~contohnya:dalam hati kita ni tak nak pakai tudung
(contoh yang paling senang dan mudah untuk difahami),tapi kita masih pakai walaupun dalam keadaan terpaksa,itu juga dinamakan HIPOKRIT..tapi ia adalah satu contoh hipokrit POSITIF,sebab perbuatan tu adalah satu tindakan yang tepat berlandaskan hukum ISLAM itu sendiri..


dalam hati kita ni,tak selalunya baik..bak kata salah seorang ulamak yang aku baru jumpa haritu,(lihat post sebelumnya)


''dalam diri setiap orang tu,akan ada syaitan yang menghasut..tapi kita sendiri yang perlu memilih untuk ikut hasutan syaitan itu,atau lebih berlandaskan hukum islam berpaksikan alquran dan alsunnah..diri kita yang membuat keputusan tersebut...''


~Kita juga kadang-kadang terpaksa menjadi hipokrit untuk menjaga hati orang lain.contohnya,bila seseorang tu kehilangan@ditinggalkan oleh orang yang dia sayang,ni lebih kepada KEKASIH punya problem laa kan,then,walaupun kita dah bagi nasihat pada orang tu agar terima apa yang terjadi tu,masih ada yang akan 'keep on mumbling' pasal kesedihan dia tu..ya,aku akan sentiasa berpura-pura melayan orang tu,sebab nak jaga hati dia.tapi melayan pun takat gitu je laa,tak bersungguh-sungguh(nahh,dis is also hipokrit type maa,tapi dok di tengah2 je kut,neither positive nor negative hipokrit lo);D


~ada juga alkisahnya bila my ex punye EX gf(err,agak2 korang paham ek?kui3)..ushh,mula-mula kenal dia,sangat-sangat rasa selesa sebab aku anggap perkenalan kami tu adalah sesuatu yang positif(yelaa,takkan aku nak bergaduh sebab laki kut,,not my type okeiiii).then,rupa-rupanya dia hanya mempergunakan aku untuk baik balik dengan my ex..hah!inilah satu jenis bentuk HIPOKRIT yang negatif,sebab dia dah melangkau jauh,depan tunjuk baik dan seterusnya mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri..THAT HIPOKRIT dat I HATE!huhu,(da lari topik sikit..sori..;p)


dah sbgai kesimpulan nya,akibat dari HIPOKRIT yang ada dalam diri kita tu,ianaya bergantung pada NIAT kita,sebab dalam apa-apa hal pun,NIAT kita yang akan dihisab dulu,barulah dari segi luaran...jum kita dekati hipokrit yang baik(positif) dan abaikan hasutan syaitan untuk kita melayan Hipokrit negatif dalam diri kita ni..

Friday, May 7, 2010

akhirnya aku...

salam..aloha ;D


sekarang ni da tibanya aku memulakan blog ni..
4 unknown reason,i have to commite in writing lah sebab aku punya pendapat sendiri dalam setiap yang berlaku di sekeliling aku sekarang ni..


Kenapa perlu berBlog?
1.kerana nak berkongsi wutever pendapat dengan semua org especially my frens lah kan..aku suka bercerita,dan aku suka mendengar cerita..so medan blog boleh jadi tempat semua orang meluahkan perasaan mereka pada aku dan bertukar pendapat..(i'm a good listener tao)..benda ni boleh wat aku berfikir lebih jauh dan aku mungkin akan lebih memperbaiki diri aku ni kearah yang lebih baik..;D


2.aku punya pendapat sendiri untuk dikemukakan bagi setiap yang berlaku di sekeliling aku sekarang ni..yelah,aku ni sebagai seorang perempuan,seorang anak,seorang adik,seorang kawan, seorang dari rakyat malaysia,seorang dari penghuni dunia ni,dan yang paling penting,seorang hamba kepada Tuhannya..so aku perlu untuk selalu up to date dengan keadaan semasa dan nyatakan pendapat aku kerana walaupun suara aku ni kecil,tp ia lantang untuk menunaikan semua tanggungjawab aku sebagai seorang manusia..


3.untuk biar orang lain lebih dekat dengan aku,sebab aku ni agak 'peMendam rasa'..hee,agak susah untuk bercerita dengan org lain apa yang aku rase sebelum ni..tapi sebenarnya penting untuk kita Meluahkan dan berkongsi perasaan kita kat orang lain ni..sebab kita akan lebih terbuka dan hati kita lebih tenang..apa salahnya berkongsi benda yang gembira dengan orang lain kan?kerana orang itu akan merasai kegembiraan yang sama dan bila kita bersedih,kesedihan tu akan kita kurangkan dengan Berkongsi dan meluahkan..so ape tunggu lagi?Lets start berBlogging!