follow follow

Thursday, December 8, 2011

maka untuk apa aku di sini?

nak promot lagu laaagiiiiii
heh,kadang-kadang suka dengar dan hayati lagu-lagu
jom kita dengar lagu ni pulak-

dari artis feveret
namenya FYNN JAMAL
bersama liriknya yang sangat puitis
love this songs a lot!

fynn jamal-sepertinya

sepertinya

sepertinya aku ini jalan yang yang kosong
sepertinya aku ini kaca yang bolong

dan sepertinya tak ada siapa yang melihat aku di sini
dan sepertinya ada cahaya bila aku terus terbang tinggi ke atas langit jingga

sepertinya aku ini terhukum oleh tuhan kerna aku ini penuh dgn benci
sepertinya takkan ada sesiapa yang sudi bersama aku untuk memahami

sepertinya aku dipaksa untuk mati dan terus dihempas jatuh tak berkebumi
sepertinya takkan ada siapa pun yang sudi bersama menemani aku sampai pagi

kerna aku mahu sebenarnya ada peneman yang memeluk jiwa aku
yang meneman aku sampai biru

kerna aku begitu ingin merasakan dicinta seseorang itu
sepertinya aku ini bolong, kosong, lohong, semuanya
itu semuanya aku

kenapanya aku ini tak bisa untuk menyedari yang aku ini tetap bukan siapa2?
sepertinya
sepertinya

sepertinya aku ini debu yang tak punya harga apa
sepertinya aku angin yang tiada
sepertinya aku ini wujud tanpa adanya apa makna

maka untuk apa aku di sini?

kredit to blog kak fynn jamal :)

Saturday, November 19, 2011

aku maafkan kamu

pagi pagi ahad yang hening..
cewaahh :P

ye,hari ni tak dapat tido lame-lame seperti biase
kena buat banyakkkk keje
tapi kat sini nak kongsi satu benda.........

PSSTTTTT

try dengar lagu jamal abdillah dan malique
'aku maafkan kamu'

done?
sangat best lagunye kan?

ok ok ok
sambung buat keja
tata
-oh!saye sayang alan :)

Tuesday, November 15, 2011

resdung.jerawat.22 tahun!!!

tepat pukul 12mlm 1november lepas,
my boyf col
''sayang,dok depan pintu uma ni,pat kuar......''

tadaaaaa..
die bagi coklat cadburryyyyyy as my birthday gift
saye dah besau,yea yeaaaa

bila dah tua ni,
rase macam dah takleh sambut birthday mcm dulu-dulu
takde orang nak layan dah
kena terima kenyataan
heh.but i love u incik bf :)

resdung,muka dah berjerawat
dah tak smooth lagi..
waaa,ihatejerawattttt
ihate resdung
asyik selsema je..

aaaaAAaaaChoooooooMMMMMMMM
dah berhingus lagi ni,
makan ubat selsema jap
tido.okbai.

Sunday, October 16, 2011

untuk kamu:khairiyah huliana



dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
saya  mulakan entri kali ini dengan lebih tenang
setelah melalui minggu yang meletihkan pada minggu lepas
dan setelah berhadapan tentang sesuatu yang menaikkan amarah
sekarang merasa lebih tenang
lebih damai

dari kecil hidup saya sentiasa ditimpa ujian
agak menyedihkan bila kamu kata
saya ditimpa malang kerana menfitnah kamu
cuba kamu jawab,
apalah yang saya dapat kalau saya menfitnah kamu?
takkan ada sebarang kebaikan pun jika saya buat begitu

saya seorang anak bongsu
saya juga seorang wanita
saya seorang pendiam dan pemendam rasa
saya seorang yang mudah marah
saya bukan seorang pemaaf
saya seorang yang sangat ego
itu diri saya sebenarnya

yang mengubah saya adalah alan
tapi baran itu masih bersisa mungkin
sebab itu sengketa ini dibiarkan berpanjangan

dulu saya cukup menghormati kamu sebagai seorang kakak
kerana dengan kematangan yang kamu ada
saya rasa kamu adalah orangnya
yang dapat menjaga bekas teman lelaki saya dengan sebaiknya

dulu dia adalah orang yang saya sayang
sekarang juga begitu
tapi sayang saya pada dia hanya sebagai seorang kawan
hormatnya saya pada dia ibarat seorang abang
apa yang terjadi antara kami dulu takkan mungkin pernah berlaku lagi

demi Allah,
tiada langsung perasaan dengki dan iri hati dalam diri ini
saya selalu doakan kamu berdua
kerana saya juga dah bertemu dengan lelaki terbaik untuk saya

entah kenapa
sengketa ini terjadi
mungkin kerana baran saya masih ada
atau apa saja sebabnya
entahlah

bila ada kebencian dalam diri
hidup ini takkan bahagia
walaupun hidup saya dipenuhi cinta
tapi ketenangan itu tak hadir dalam dalam diri
mungkin juga kamu merasa benda yang sama

apabila hati ada benci
seolah-olah saya memberi kamu racun untuk diminum
dan saya yang akan mati

kali ini
saya merendahkan ego saya
bukan kerana sesiapa

maafkan saya dengan kata-kata kesat sebelum ini
maafkan saya dengan kebencian yang hadir dalam diri
maafkan saya dengan apa juga salah saya lakukan pada kamu berdua
saya mohon maaf seikhlas hati saya

lupakan yang dulu
saya ingin hidup sempurna tanpa sebarang dendam lagi
sengketa ini biarlah tamat sampai disini
semoga hidup kita lebih sempurna dan bahagia
saya juga sudah maafkan kamu

''Everyone makes mistakes. But what we have to do, is learn from them, 
forgive the people who hurt you, apologize to the people who you hurt, forget about them, and move on.''



:. untuk alan yang banyak menegur saya
' thanks for your advise..yet,ct betul-betul rasa tenang bila minta maaf..
ct pun nak jadi pemaaf macam lan yang tak pernah simpan dendam pada sesiapa..i wish to be like you sayang..=)'

Saturday, October 1, 2011

cerita sedih.

30hb september 2011

birthday ayah saya 29hb
dan saya lupa wish
ye,memang saya anak yang teruk
sampai ayah dah touching dan merajuk
tapi memang benar2 terlupa
what to do...

tapi petang tu jugak dapat balasan

hari jumaat memang kitorang budak rumah memang takde kelas
tapi ditakdirkan 4org kwn2 serumah saya ada lab petang tu pada pukul 2
dan saya pun br dapat tahu ada discssion dengan lecturer pukul 230 petang
saya keluar rumah pukul 215petang

habis discussion,saya pergi makan abc dengan incik bf~

balik rumah
pukul 536 petang,ditemani incik bf
sampai depan pintu
nampak pintu gril terbukak

dalam fikiran
''nape budak2 ni balik awal sgt?''

dan masa tu dah pk bukan2

ya allahhhh
laptop akuuu!

cepat2 masuk dalam rumah
pergi bilik kawan2
tgk laptop dorang yang diletak atas meja dorg sume lesap
laptop saya bawah katil?
turut lesap!

mengalir air mata sebab laptop tu akak bagi
henset yang akak bagi pun pencuri jahanam tu curik!


sob3..laknatlah ke atas pencuri itu
selagi tak dipulangkan barang kami
takkan halal dunia akhirat :'(

Wednesday, September 21, 2011

mengandung?

makan makan makan
muntah balik
asal makan je muntah
dan bila rasa mual 

mengidam asam..slurppppppppppppppppppp

adoii,budak rumah dah mula imagine benda bukan2
ada ke cakap saya mengandung?

jawapan saya senang
''mengandung hape kalo tak pernah2 buat apa-apa dengan SESIAPA!''
Demi Allah!'

ok.abaikan cerita yg direka dalam kepala hotak kwn2 rumah saya  ituuuu.

huish,risau takot ada penyakit apa2
yelah,sebab pening kepala yang lain macam sikit

mungkinkah migrain atau gastrik atau apa?

sudah 2 minggu,dan masih lagi begini..
dah semakin hilang selera makan
adussh


Monday, August 15, 2011

kisah silam tiba-tiba....

tengah menunggu sahur
dan nak kejut bakal hubby bangun bersahur
tiba-tiba terdengar satu lagu yang sangat best
(lirik dia yang best ituu)

suatu pernah by fynn jamal

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.



tiba-tiba kisah silam pun datang terjah fikiran
hum..tiba-tiba rasa sakit dalam hati
ya,kisah silam dulu menyakitkan

my ex bf
my ex bff
adooii
kenapa lah perlu diingat semua itu..

mereka itu kenangan silam
dan kenangan itu akan datang kadang-kadang
untuk mengingatkan saya supaya menghargai
si cinta hati yang sekarang

sang pelengkap hidup dan mati..
encik bakal hubby :)

p/s:

masih ingat dikala saya duduk di tepi jalan,menangis melihat seseorang yang pergi meninggalkan saya keseorangan di situ....3 tahun dulu..

Saturday, August 6, 2011

puasa-maaf-memaafkan..


salam ramadan..
mintak maaf sebab sangat lambat update
asyik sangat dengan kerja sampai dah bersarang ini blog
heh

yeap,masih lagi kerja
di tempat yang sama
di bulan puasa
dengan gaji yang ciput
(sumpah takkan kerja situ lagi)

25hb ogos 2011 akan balik kelantan......
yeaaa!

'I am Mature Enough to Forgive U, but not Dumb enough to Trust U again.'

hm..
i forgive,but cant forget
boleh ke macam tu?
but at least i've try enough kan

kepada sesiapa yang buat salah pada saya
atau saya buat salah pada dia
let forgive and forget :)
sempena bulan baik ni kan..hee

but forget means:forget it all away
anggapkan kita tak pernah kenal sebelum ni
that much better
dari hidup bermusuhan

ouh,im so tired already..

mulai sekarang,i'll b nice to anyone that b nice to me..

fair and square..
tata and selamat berpuasa sahabat-sahabatku :)

Monday, July 18, 2011

kawan lah kawan

let say,

a guy have a girlF
a gurl have a boyF
salahkan mereka berkawan?

itu suatu pertanyaan


saya berkawan dengan semua orang
tak pernah pilih-pilih
asalkan bole ngam,bole gurau-gurau,
bole ajak lepak~

then they will b my friend

senang sgt nak rapat ngan orang
orang layan saya baik
saya akan layan orang-orang itu lebih baik lagi

tapi tu pun boleh jadi suatu masalah
mungkin ada yang salah anggap
mulut orang,mentaliti orang berbeza-beza

then what shud i do?

sakit gigi bongsu nak tumbuh lagi
buatkan saya tak dapat berfikir dengan betul?
adushhh

Tuesday, June 28, 2011

banyak cerita!

byk yang nak di story-story kat sini actually
tapi yg menghalang bukannya sebab bizi
tapi nak upload gambar yang tak jadi-jadi
henset pilihan mana yang bakal ku beli?

hehe,siap pantun plop..
dan pantun tu macam takde kne mengena
hihihi
........

actually sekarang saya tengah keliru
nak beli henset yang mane satu
sebab henset ni dah selalu sangat hang
sakit gak la bila henset ni takde

sebab ia bukan sekadar henset untuk bergayut
tapi sebagai jam,alarm dan sebagainya..
nak beli iphone tu mahal sangat kot
nak beli yang biasa +(-) rm700 macam tu je

sape ada nak suggest?

Saturday, May 28, 2011

tak mudah.bukan semudah itu

pernah rasa kecewa?

tadi saya sempat singggah ke blog 'dia'
mungkin 'dia' tahu siapa 'dia'

satu ayat yang keluar dari bibir saya,

''tak semudah itu aku lupa''


19 Jun 2010


tarikh ni adalah tarikh
saya mengenal
siapa sebenarnya kawan
siapa sebenarnya bukan

saya menjadi sukarela
untuk adakan satu reunion
budak-budak sekolah menengah saya dulu

hanya 7 orang yang datang
daripada 130++ orang 



apa perasaan saya?
=terlalu kecewa

apa yang 'dia' tahu?
akan kesusahan saya?
kalau betul 'dia' itu sahabat baik
dia takkan tergamak tidak hadirkan diri

bayangkan 7orang saja yang hadir...
bayangkan pagi tu saya menangis bagai nak gila
sebab saya dah beli segala-galanya
dan saya risau tak ada sorang pun yang datang

bayangkan bila kita bersungguh-sungguh
dan tidak seorang sahabat yang mengaku sahabat hadir
yang datang adalah orang luar
sahabat yang tidak rapat
yang mungkin sangat kasihankan saya

orang luar lebih menyokong dari sahabat sendiri

bayangkan semua itu

jadi tak semudah itu untuk saya memaafkan
hati ni terlalu terkilan

sangat terkilan

Monday, May 23, 2011

Demam Vs Tidak Ada Duit

kamu pernah demam?
pernah?
selalu buat apa bila demam?

kalau saya,mesti dah selamat ke klinik 
makan ubat-ubatan yang banyak
dan ambil masa beberapa hari untuk sembuh
(sambil bermanja dengan umi..hehe)

jadi,sekarang saya masih di shah alam
tak balik sebab mula bekerja
jadi memang takde duit!

bila nak pergi klinik pun takde duit
sebab baru 3 hari keje

incik bf kasi satu petua
mula-mula saya tak berapa percaya
kata dia

''sayang,tido malam ni,tutup kipas,
dan berselimut,kasi biar satu badan peluh''

yup,disebabkan memang takde duit
dan dah tak ada cara lain
saya cuba cara dia

malam pertama tak berapa jadi
tak berpeluh langsung
rupenya saya tak berselimut....
dan saya masih demam..=.='

dan hari esoknya saya tetap pergi bekerja

pada malam kedua
memang betul-betul berpeluh
esoknya bila bangun
badan jadi segar

korang tak percaya?
cubalah!

-fazlan-

Saturday, May 14, 2011

itulah bersaudara~

semalam perlawanan bola
selangor vs kelantan
RED GIANT vs RED WARRIOR

bukan nak cakap pasal keputusannya
walaupun telah selangkah kaki ke final
tapi bila aku di stadium semalam
terasa ada sesuatu yang lebih membanggakan

''bolasepak menyatukan rakyat''

setuju dengan statement di atas?
bila ada di stadium
bila perlawanan bola dimulakan
semua hanya tertumpu kepada satu
hanya bola,padang,dan pemain-pemainnya

penyokong bertungkus lumus bagi sokongan
dalam lautan manusia yang serba merah itu
mereka semua bersatu
tidak ada istilah perpecahan di sana
kau pas ke,kau umno ke,kau pkr ke,
dap,mca,atau mic?
kita semua sama

semua sayangkan negeri dan negara
cuma masing-masing punya matlamat dan cara berbeza

yes,aku suka
suka melihat perpaduan itu
harapnya ini akan berkekalan
bukan untuk bola saje
kalau boleh untuk semua
untuk perpaduan sesama kaum
dan perpaduan antara kaum

ada orang pernah kata
dalam kubur malaikat takkan tanya kita bangsa apa
malaikat akan tanya apa agama kita

tapi kita juga harus ingat
dalam kubur nanti
''malaikat juga takkan tanya apa parti kita''

semoga Malaysia akan harmoni dengan perpaduan ini
InsyaAllah
doakan same-same

Tuesday, May 10, 2011

Tuhanku..

alhamdulillah
alhamdulillah..
alhamdulillah.....


selepas hampir sebulan bertarung dengan final exam
dan berakhirnya sem 4
rasa terlalu bersyukur diberi kekuatan ini lagi

keadaan ibarat dalam peperangan
berperang untuk mendapat keputusan terbaik

tapi kesukaran yang bertubi-tubi sangat meresahkan
itu yang penghalang terbesar dalam pertarungan

aku bukan budak dekan
selalu saje hampir ke arah itu
sangat hampir...

tapi kerana itu jugak
aku berperang dalam diri
untuk kekalkan prestasi sindiri

banyak stress
itu aku tak nafikan
tapi satu yang bermain-main di minda
bila aku mula ingin kecundang dalam perasaan

''SEJAK BILA AKU TAK ADA TUHAN?''

ye,bila aku mula down
itu yang aku selalu tanya
sejak bila aku tak percaya pada Dia
sejak bila aku tak menerima ketentuan Dia

kadang aku lupa
Dialah segalanya
yang menentukan juga Dia
kenapa aku masih perlu bersedih?

aku sudah berusaha
aku sudah lakukan apa yang terdaya
dan segala-galanya adalah bersungguh-sungguh

sekarang tiba masanya
aku biarkan yang Maha Pencipta menentukan
arah tuju dan takdir ini

insyaallah,
doakan yang sebaiknya
untuk semua.
amin.

Friday, April 29, 2011

contest natural beauty abg stalker

heh,setelah di tag oleh cik jan kita,tiba-tiba rasa berminat pulak nak join

contest natural beauty abg stalker ,

gambar yang dipertaruhkan..
tadaaa~~

gamba kat atas ni actually time baru lepas eksiden bulan 2 aritu
memang takleh pkai make up langsung (even bedak sekalipun)
sebab lebam di sebelah mata dan bibir(lihat parut di atas hee)
jadi memang natural oke!thee :)

saya nak tag:
abang harith iskandar
akak farhana

sekian,
.......................

Monday, April 25, 2011

the WINNER is!




*kepada pemenang....
sila tinggalkan no akaun cimb @ bank islam untuk saya transfer duit tau..

*kepada sesiapa yang tak terpilih,anda adalah terbaik!
jangan segan2 join lagi bila saya buat contest nanti tau!:)


*dan setelah saya  tnya pendapat kawan2 dan keluarga,saya memilih....

PEMENANG CONTEST 'SAYA SUKA'

tahniah!


Saturday, April 16, 2011

rakan2 blogger..alfatihah..

hm,dah lama rasenya tak update blog ni.
menghabiskan sisa-sisa terakhir untuk hadapi final minggu
memang sukar,tapi alhamdulillah,segala test,assignment,
bola kelantan yang hanya seri malam ni,
dan keputusan pilihan raya Sarawak

segalanya dah pun selesai hari ini..

pada hari selasa minggu ni,
saya dikejutkan dengan kematian seorang tokoh
tokoh yang sangat-sangat boyfriend saya sayangi
Haji Bador Hamid..

kehilangan arwah begitu memberi kesan
walaupun saya tak pernah dan tak sempat berjumpanya
tapi saya tahu betapa berjasanya arwah
dalam menyatukan keluarga besar nya
dalam menjaga keluarganya dan alan sebaik-baiknya

ye,saya juga bersedih..
walaupun saya belum lagi menjadi sebahagian keluarga dia..
tapi saya dan alan sungguh merasa kehilangan

sama2 kita sedekahkan alfatihah kepada arwah atok
semoga rohnya dicucuri rahmat..

AL-FATIHAH.....

Monday, April 11, 2011

senarai 10 TOP FINALIS contest SAYA SUKA!

hehe,setelah saya terSANGAT pening memilih 10 terbaik antara yang terbaik,saya dengan pertolongan kawan-kawan saya pun buat keputusan..

disebabkan semua gambar2 yang diantar sungguh hebat dan sungguh sengit,kami hanya memilih 10 finalis dari yang terbaik..korang yang tak tercalon tu harap tak putus asa tau..mungkin bukan rezeki korang kali ni,ape2 pun,korang memang BEST!sob3,saya sungguh terharu dengan semua yang sudi join contest ni dan hantar gmba2 terbaik korang..jangan serik2 nak join contest saya untuk masa depan ye kawan?:)

ok2,tanpa berlengah..dengan ini saya umumkan.......


TOP 10 FINALIS CONTEST
http://along-nidar.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html

http://thesirinzailanichronicles.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html

http://kisah-gadismelayu.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html

http://zaiikulim.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html

http://pimiaja.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html

http://kampung-kameq.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html

http://dyahahaslittlecottage.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka_29.html

http://nanamrul-contest.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html

http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html

http://kmf20.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html

HANYA SEORANG YANG BAKAL MENJADI PEMENANG

DAN BAKAL MENERIMA RM100 TUNAI...

siapakan orang itu????
TUNGGUUUUUUU........................ 

Wednesday, March 30, 2011

dengan ini......

dengan kuasa mandat yang diberikan oleh saya
 (ayat terpaksa di-skema-kan)

saya menamatkan 
penyertaan contest 'saya suka' 
tu pada hari ni,

tepat jam 11.59pm..

huhu,memang ramai yang join!
(sampai saya terharu sangat!)..
apepon,saya akan ambik masa utk memilih
 rakan2 blogger 
yang paling bertuah tu seadilnya

dan saya akan umumkan nanti tau!

tungguuuuuu.........................

Tuesday, March 29, 2011

korang nak duit rm100 ke nak.......??

saya perlukan pendapat......
isk

sapa2  yang join contest tu nak hadiah duit RM100  ke......
atau lagi pilihan:

bantal/cake/coklat yang ada gambar korang?

Pstt..saye memang tak bape kreatif bila nak bagi hadiah kat orang ni..
so,bg pndapat korang!anyway..contest tu da nak ditutup da..

TARIKH TUTUP CONTEST:30 MAC 2011

anyway:i love u readers! 
:')

Saturday, March 26, 2011

kepada rakan2 blogger..

kepada rakan2 blogger yang kusayangi....
saya nak mempromot satu laman web khas untuk budak2 uitm :)


a place for underground community uitm

kat sini bole kongsi macam2 cerita
rumah sewa,citer antu,tentang nak beli buku,quiz dan macam2

kat situ pon bole tambah income tau,jum klik link tu tau
saye akan bertambah2 sayang kat korang..hee


Monday, March 21, 2011

perempuan suka giler lelaki merokok,percayalah!

saya betol sayang awak
awak merokok?
oh,saye suka awak merokok
nampak macho gile
tapi saye tak nak awak mati cepat

ye..ye..
saye tahu,
ajal maut di tangan Tuhan yang Esa
tapi..tapi...
Tuhan pun marah kalau kita cari mati tau!

Bile kita kuar dating
awak akan hisap rokok
sebelum dan selepas makan
asap tu awak cube elak dari kena saye
tapi saye dpt hidu tau
pastu bile saye batuk
awak soh makan ubat..

awak tahu tak?
dalam asap rokok tu banyak benda bahaya
orang yg hidu asap rokok lebih berisiko nak mati
saye taknak mati lagi
amal saye tak cukup lagi nak jadi bekalan saye kelak

orang yahudi yang cipta rokok ni
dan kite orang islam yang dok mengKAYAkan mereka
kan mereka tu musuh kita?
mereka yang cipta
cube awak pegi rumah orang yahudi
mereka TAKKAN benarkan awak masuk ke dalam rumah
kalau awak merokok
sebab mereka tahu bahaye rokok ni
sebab mereka yang cipta

sayang,cube stop merokok ye
nanti saye beli Niquitin untuk awak :')

Thursday, March 17, 2011

story-story hadiah contest!

maaf..
saya dah seminggu tak update blog
sooo bizi-bizi
hehe,blog ni akan diupdate hujung minggu nanti
korang betol2 taknak tahu hadiah untuk contest
saya nak umumkan
tapi tade sape nak tahu pun?

sape nak tahu angkat tangan!

hee,kepada kawan2 blogger baru yang telah sudi 
men follow blog ni....


i love u guys
so happy bila dapat tambah kawan baru
really appreaciate dat tau
wassalam..

fatanahzakirah

Thursday, March 10, 2011

LINK PESERTA CONTEST 'SAYA SUKA!' SEHINGGA 11.59PM 10/3/2011

hehe,walaupun saya tidak sempat nak promote lebih2 tentang contest ni,
saya kira penyertaan amat best!sebab ni kali pertama saya anjurkan contest macam ni..

dan ini adalah senarai peserta setakat malam ini,jam 11.59 malam ,bertarikh 30 mac 2011..:)

14.http://crazreeme.blogspot.com/2011/03/saya-suka.html

15.http://gotcha2yuzy.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html
16.http://gadisein.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html
17.http://kampung-kameq.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html
18.http://myshaizharblogcontest.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html
19.http://luvliyanaluv.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html
20.http://fatinlovecontest.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html
21.http://zanasukahidup.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html
22.http://pwincessloveydovey.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html
23.http://mranmrsa.blogspot.com/2011/03/contest-saye-suka.html
24.http://lifeofsamurianz.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html
25.http://along-nidar.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html
26.http://mamasayanakmenang.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html
27.http://taufikmaria.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html
28.http://thesirinzailanichronicles.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html
29.http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html
30.http://stupidinnocent.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html
31.http://kisah-gadismelayu.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html
32.http://polariscontest.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html
33.http://kmf20.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html
34.http://alycia-dan-contest.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html
35.http://zaiikulim.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html
36.http://layanga.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html
37.http://ikapukpuk-contest.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html
38.http://suzie284contest.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html
39.http://akusyafrina.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html
40.http://erynaraisyajoincontest.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html
41.http://myapeapeaje.blogspot.com/2011/03/contest-saya-suka.html
42.http://dyahahaslittlecottage.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka_29.html
43.http://my-fullhouse.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html
44.http://fasyafrina.blogspot.com/2011/03/contestsaya-suka.html

CONTEST INI TELAH TAMAT PADA 30 MAC 2011


Saturday, March 5, 2011

CERITA KREATIF AKU TENTANG BEN ASHAARI

baru ingin mengenal beliau melalui cara penulisan blognya..
huhu,wish 2 be like him yang sungguh33x ramai peminat..

sekian:')

fatanahzakirah

kamu prihatin?lihat sini!

say taknak cakap banyak
geram,marah semuanya ada!


kamu pun akan marah dan bengang bila..
seekor anak kucing yang LANGSUNG TAK BERSALAH
dibunuh,disepak dengan kejam
di bumi MALAYSIA ni!


saya ingat kat negara luar je yang ada manusia yang perangai macam syaitan  ni
rupenya kat malaysia pun ade
lihat video di sini anak kucing dibunuh kejam-dasar pengkid celaka! sekiranya anda prihatin!


:'(
feel sorry for that kitten,
p/s kalo ikotkan ati,saya doa je biar pengkid itu mati nanti,biar mak bapak dia sampai tak cam mayat dia!
tapi saya masih doakan dia supaya bertaubat...


fatanahzakirah

Tuesday, March 1, 2011

orang kelantan memang penyibuk!

jangan salah paham dulu!
entry ini tidak langsung mahu mengeji@mengutuk orang-orang kelantan,baca dulu,jangan cepat naik darah!


saya berasal dari kelantan
jadi saya memang tahu perangai orang-orang kelantan
korang nak tahu?yang dah tahu pon buat2 tak tahulah ye

satu sifat orang kelantan yang terpuji adalah mereka suka ambik tahu-->itu sebab saya panggil penyibuk
penyibuk di sini bukan satu benda yang negatif okeh!ia lebih merujuk betapa consern orang-orang kelantan ni,tambah2 bila ada yg perlu pertolongan.

pernah terjadi,saya ke bank islam shah alam bersama kakak saya
keta saya plak tiba2 takleh idop
dalam keadaan kalut2 tu,begitu ramai orang yang dtang menolong
dan abg2 itu adalah Orang Kelantan

satu lagi kes yang pernah terjadi di pekan pasir puteh(my hooommeetown!)
ada sorang laki ni meragut(depan bank islam pasir puteh)
dan orang-orang kat situ,
tangkap laki itu
belasah cukup2
kemudian bagi polis
begitu consern kan??

bukan saya nak kata orang negeri lain tak baik@tak consern
saya takde masalah kenegerian disini ye
entry ini cuma nak menaikkan lagi nama orang kelantan yang kebelakangan ini dianggap kasar,kekampungan,kejahatan dan sebagainye.

so,jangan kata orang kelantan jahat lagi ye!
mekacih~

fatanahzakirah

Sunday, February 27, 2011

CONTEST:SAYA SUKA!


ehem,ni nak try jugak cuba2 nak adakan satu contest utk blogger2 sekalian..
hehe,agak2 ramai tak yang join?meh kita tengok ye..:')

syarat2nya sangat mudah:

1:follow blog ini

2:hendaklah menggunakan gambar sendiri(gambar sorang@ramai-ramai pun tak pe)

3:contest ''saya suka'' ni sebenarnye lebih menjurus kepada hobi,contohnye karoeke,main boling,joging,memasak dan etc..jadi gambar tersebut  perlu ada gambar korang sendiri dan aktiviti yang korang lakukan

4:letakkan banner di atas di blog korang,dan korang perlu buat satu entry pendek tentang korang dan hobi korang (cerita la sikit2 tentang hobi tu),tak perlu entry panjang2 tau:)

5:tag 4 orang blogger yang lain

6.informkan pada saya di sini!

itu saje:)

TARIKH TUTUP:30 MAC 2011

hadiahnya?
mestilah ade!
hehe,kita tengok berapa ramai yang berminat,dan saye akan umumkan hadiah beserta pemenangnya nanti..


ini berita gembira.kemalangan part 2(sambungan)

hee,dah seminggu dah kejadian excident tu berlaku,kaki saye pun dah baik
 da,walaupun luka masih tak berapa kering dan jalan masih terhenjut2,ish.

sambungan dari entry sini,

saye dan alan sampai ke hospital klang 
lebih kurang pukul 12 tgh mlm

(bes jugak naik ambulan ye..hihi)

tak de ape yg menarik pun terjadi di hospital tu,
doktor cek sana sini
takut ada yang patah

patu, kwan2 terbaik saye
jiha dan syai datang ambik saye 
dan budak bucuk alan dari hospital
dan kami sampai rumah pukul 2 stgh pagi

selepas accident?

:ye,saye lebih menghargai hidup

:saye jugak rase malu
sebab terpaksa jalan terhenjut2 
dan saye akan jalan lmbat mcm siput:'(

:terpaksa pakai seluar track pegi klas(bayangkan??)

:terpaksa semayang atas kerusi
-->like my umi yg skit lutut

:saye tak dpt make up kan muka saye 
selama seminggu sebab luka dan lebam di muka

:dan saye bertambah sayang pada alan 
dan semua kawan2 saye yg sgt mengambil berat

sangat berterima kasih kpd
budak2 kelas saye,keluarga saye
(pssssttt , umi saye taktau saye accident okeh! :P)

ok,tutup cerita tentang accident,saye sudah semakin sihat!jum jogging!! haha :D

fatanahzakirah